Kamis, 31 Januari 2013

Kecoh!! Norish Karman Dituduh Rampas Suami Orang



Norish Karman tampil bertudung dalam satu majlis bertempat di ibukota, baru-baru ini.

Sebut saja nama pelakon Norish Karman atau mesra disapa NK, tiada cerita lain yang bersangkut paut dengannya melainkan cerita-cerita kontroversi. Lantas wanita beranak empat ini juga akur dek kerana kontroversi dan gosip liar itu, dia hilang tawaran berlakon sejak lebih kurang enam bulan lalu. Kini dia mahu lebih fokus pada bidang nyanyian.

Namun NK menegaskan bahawa bukan dia hidup tanpa kerja tetapi membuat kerja sambilan seperti membuat kerja katering di rumah dan juga mengadakan ceramah motivasi jika ada jemputan.

Dalam pada itu dia dihambat kontroversi terbaru, seorang wanita mendakwa bintang filem Sayang Salmah ini ada hubungan ulit dengan suaminya.

Bercakap di satu majlis, NK nyata terkilan dengan kenyataan yang dilemparkan kepadanya oleh wanita yang pernah dianggap sebagai kakak sendiri itu. Dia juga kurang pasti mengapa wanita yang dimaksudkan itu sanggup menuduhnya sebegitu sedangkan selama mereka berkawan, anak-anak wanita itu sudah dianggap sebagai anak sendiri.

Ujar NK lagi anak wanita tersebut seramai empat orang masing-masing amat menyukai dirinya dan seringkali dijemput menghadiri majlis makan-makan yang diadakan.

“Jika ikut kenyataan wanita tersebut dia seolah-olah cuba melibatkan suaminya sedangkan saya hanya rapat dengan anak bukan suami. Mungkin dia iri hati melihat keletah anak-anaknya yang jauh lebih rapat dengan saya berbanding ibu sendiri”

“Bayangkanlah suaminya itu berumur lebih kurang 60 tahun takkan tergamak saya merobohkan rumah tangga mereka yang telah saya anggap seperti keluarga sendiri”

“Saya sudah mempunyai empat orang anak dan tidak pernah terfikir untuk memburukkan mana-mana orang”

Menurut NK lagi perhubungan di antara dia dan keluarga tersebut terjalin hampir lima tahun akhirnya tamat disebabkan sikap iri hati wanita tersebut.

Sumber & Kredit Gambar : rotikaya.com

0 komentar:

Posting Komentar