Tinggal kenangan... hubungan Bieber (kanan) dan Gomez berakhir pada minggu lalu.
HUBUNGAN pasangan kekasih remaja sensasi Justin Bieber dan Selena Gomez disahkan berakhir pada minggu lalu.
Menurut laporan portal hiburan E! News, pasangan yang mula mendedahkan hubungan mereka pada Februari 2011 itu difahamkan berpisah pada minggu lalu selepas beberapa kali dikhabarkan putus sebelum ini.
“Mereka berpisah pada minggu lalu. Jadual kerja yang padat menyulitkan keadaan untuk mengekalkan hubungan mereka,” kata seorang sumber kepada portal itu.
Berita perpisahan itu timbul susulan desas-desus yang mendakwa Bieber dilihat keluar bersama dengan peragawati Victoria’s Secret, Barbara Palvin di New York pada awal minggu ini.
Bieber dan Palvin dilihat bersama selepas penyanyi itu mengadakan persembahan pada pertunjukan fesyen jenama itu di bandar raya berkenaan pada Rabu lalu.
Bieber dilihat keluar menonton teater berduaan dengan peragawati Barbara Palvin pada awal minggu ini.
Mereka kemudiannya dilihat bermesraan ketika menonton pementasan teater Lion King di Broadway.
Berita perpisahan dua bintang itu dianggap sebagai sesuatu yang mengejutkan kerana Bieber pernah mendedahkan sebelum ini dia tidak akan pergi ke mana-mana tanpa ditemani Gomez.
“Saya tidak akan berpisah dengan Selena kerana saya tidak mahu dia beranggapan saya berasa malu ketika bersamanya.
“Saya percaya ramai lelaki mempunyai perasaan begitu, terutamanya apabila membabitkan urusan kerja.
"Mereka tidak mahu dilihat bersama kekasih, jadi mereka membuat keputusan untuk hadir pada sesuatu acara secara berasingan. Namun, saya dan Selena melakukan apa sahaja bersama,” katanya.
0 komentar:
Posting Komentar