Judika
Membesar dengan lagu-lagu dari penyanyi Malaysia, membuatkan Judika tidak asing dengan nama beberapa penyanyi tempatan. Bahkan penyanyi yang kini popular dengan lagu Hati Yang Tersakiti ni mengakui mengidolakan dan menyimpan hasrat mahu berkolabrasi dengan beberapa penyanyi hebat negara ini.
Menurut pemilik nama penuh Judika Nalon Abadi Sihotang ini, pada usia 15 tahun dia sudah mendengar lagu dari kumpulan lagenda Rock, Search. Suka juga dengan lagu-lagu kumpulan dari Iklim dan Slam. Dia juga mengikuti perkembangan penyanyi seperti Faizal Tahir. Pernah punyai pengalaman menjadi pesaing Jaclyn Victor di satu pertandingan realiti. Dan anak kelahiran Sidikalang, Dairi, Sumatera Utara ini menyimpan angan-angan mahu berduet dengan penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza.
"Bapa saya pernah belikan saya album kumpulan Search. Ketika itu dalam bentuk kaset. Saya paling suka lagu Isabella. Kalau persembahan di Indonesia, saya sering juga menyanyikan lagu itu. Peminat juga ramai yang minat saya nyanyikannya. Tapi sampai saat ini saya belum pernah lagi jumpa dengan Amy tapi saya ikuti perkembangan Search. Dulu Amy rambut panjang, sekarang sudah botak, ya?
"Saya suka juga lagu Suci Dalam Debu dari Iklim. Saya juga suka dengan lagu-lagu Slam, mereka popular di Indonesia dulu. Saya pernah satu pentas dengan Jaclyn di pertandingan Asean Idol dan Ikon. Suaranya bagus! Saya juga kagum dengan suara dan suka dengan lagu-lagu Faizal Tahir. Saya pernah jumpa dia di Anugerah Planet Muzik (APM). Saya pernah terbaca yang Faizal pernah di-banned, kan.
"Kalau ada peluang, saya mahu bikin album duet dengan Amy (Search) juga Faizal Tahir. Saya teringin juga berduet dengan Siti Nurhaliza. Mudah-mudah hasrat itu tercapai pada konsert saya di sini nanti, ya" kata Judika berkongsi mengenai artis-artis tanah air yang diketahui.
Judika ditemui pada majlis sidang media ada showcase, bertempat di Hotel Royal Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu. Pada persembahan petang intu, Judika mendedangkan lagu hitsnya seperti Bukan Dia Tapi Aku, Hati Yang Tersakiti, Setengah Mati Merindu termasuk juga Isabella yang mana disaksikan kira-kira 200 peminat.
Selain itu Judika berkata, seperkara yang mendekatkan dia dengan Malaysia kerana kebetulan tarikh lahirnya jatuh pada hari sambutan Kemerdekaan negara kita, iaitu pada 31 Ogos.
"Seperkara lucu, kalau waktu kecil dulu, bila tiba ulang tahun kelahiran saya, bapa saya hanya berikan saya telur. Saya tanya pada bapa, kenapa hanya telur saja tidak hadiah yang lebih besar. Bapa saya beritahu saya, "Kamu tidak perlu hadiah, kerana satu Malaysia sudah meraikan ulang tahun kelahiran kamu. Jadi setiap kali ulang tahun kelahiran, saya akan teringat pada Malaysia", kata jejaka berusia 34 tahun ini.
Judika bakal menikahi Miss Indonesia 2007, Duma Riris (kanan)
Dalam pada itu, Judika memberitahu persiapan perkahwinannya bersama Puteri Indonesia 2007, Duma Riris Silalahi, kini sudah 80% selesai. Mereka bakal bernikah pada 31 Ogos depan.
"Syukur selepas pelbagai cabaran yang kami berdua tempuh selama lima tahu bercinta termasuk hubungan kami tidak di restui orang tua kekasih saya, akhirnya kami direstui dan akan bernikah pada hari ulang tahun kelahiran saya nanti.
"Istimewa, saya juga akan menyanyikan satu lagu duet bersama dia (Duma). Dalam album saya yang ketiga, ada satu lagu judulnya Papa Mama Larang, iaitu lagu tentang kami yang tidak direstui. Jadi sekarang bila kami sudah di restui, ada satu lagu yang akan kami nyanyikan pada majlis nikah kami nanti", tuturnya.
Dalam perkembangan lain, Judika bakal melancarkan album ketiganya pada Mei ini dan merancang kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsert sulungnya, pada Jun nanti.
- mD
0 komentar:
Posting Komentar