Kamis, 04 April 2013

Emma Maembong Akui Masih Sayangkan Bekas Kekasih





Pelakon yang sedang meningkat naik namanya, Emma Maembong, 21, tidak menganggap bekas teman lelaki sebagai musuh. Walaupun telah berpisah sejak awal Februari lalu, Emma memberitahu dia masih berkawan dengan jejaka bernama Adli, yang pernah bertakhta dihatinya selama lima tahun itu.

"Emma masih kawan lagi dengan dia. Emma tak nak bermusuh dengan dia. Tipulah kalau saya kata sudah tidak ada lagi rasa sayang padanya. Lagipun hubungan kami dulu pun agak lama.

Tapi kalau nak kata peluang untuk kami bersama semula tu, sayaa tak boleh kata apa-apa. Itu semua terserah pada jodoh", kata gadis kacukan Melayu-Scottish ini sambil tersenyum manis ketika ketika ditemui baru-baru ini.

Sambil tu pemilik nama sebenar, Fatimah Rohani ini juga mengesahkan dia kini masih solo dan tidak mahu memikirkan soal cinta buat masa ini. Sebaliknya dia mahu lebih fokus pada kerjaya lakonan.

Menyentuh tentang kerjaya, gadis yang punya bakat melukis ini baru saja selesai menjalani penggambaran drama terbitan RTM berjudul, 3 Nenek, 3 Dara.

"Sebenarnya Emma memang tak ambil banyak tawaran berlakon dalam satu masa. Emma lebih suka habiskan satu, satu dulu. Sebab, Emma fikir juga kalau selalu sangat pun lakonan kita di televisyen, penonton akan bosan pula nanti", katanya.

Dalam perkembangan lain, Emma baru menandatangani kontrak selama setahun sebagai duta produk Silkygirl.

"Selama ni memang Emma guna produk-produk dari Silkygirl. Jadi bila terpilih sebagai duta, Emma gembira dan bersyukur.

"Walaupun jadi duta Silkygirl dari segi imej tu Emma tak mahu buat perubahan yang drastik sangat. Emma masih lagi kekalkan penampilan yang ringkas dan solekan yang tidak lah terlampau menonjol. Ikut jugalah pada kesesuaian acara yang akan Emma hadiri itu", ujarnya.


- mD

0 komentar:

Posting Komentar