Kamis, 05 September 2013

Panas!! Pelakon Adi Putra Disiasat Polis Kerana Skandal Dengan Isteri Orang

 Adi Putra, 32, didakwa menjalinkan hubungan skandal dengan isteri orang.



PETALING JAYA: Pelakon Adi Putra, 32, didakwa menjalinkan hubungan skandal dengan isteri orang dan aktor itu kini disiasat polis selepas suami wanita berkenaan, seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Menurut laporan akhbar Berita Harian pada Khamis, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi Whatsapp sejak 29 Julai lalu.

"Suami kepada wanita itu mengesan hubungan mereka selepas dia terbaca SMS (khidmat pesanan ringkas) ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Jalan Skudai-Pontian, awal Ogos lalu.

"Mereka juga saling menghantar gambar lucah masing-masing dan keadaan itu membuatkan suami wanita tu mengalami tekanan perasaan," kata sumber.

Tambah sumber tersebut, ahli perniagaan yang berusia 56 tahun itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Skudai, Johor Bahru.

Difahamkan pihak polis telah merampas telefon bimbit milik mereka untuk dihantar ke makmal bagi dianalisa untuk tindakan selanjutnya. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan mengesahkan menerima laporan suami wanita berkenaan tetapi enggan mendedahkan nama aktor tersebut.

"Pelakon itu juga telah memberikan kerjasama dengan memberikan keterangan selepas diminta berbuat demikian susulan laporan polis yang diterima," katanya.



Sementara itu menurut laman gosip Rotikaya menyebut, Adi Putra dan wanita itu mengaku telah berbalas mesej selain bertukar-tukar gambar lucah sejak 29 Julai hingga 5 Ogos yang lalu dengan alasan untuk tujuan suka suka dan mereka tidak pernah berjumpa selama ini.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan penjelasan Adi gagal apabila aktor terbabit gagal dihubungi.

0 komentar:

Posting Komentar