Rabu, 27 Februari 2013

Michael Douglas Dan Catherine Zeta-Jones Sah Bercerai

Michael Douglas Dan Catherine Zeta-Jones




Aktres cantik, Catherine Zeta-Jones dilaporkan telah sah bercerai dengan suaminya, Michael Douglas, sejak musim panas lalu.

Sebelum ini, Jones, 43, pernah menafikan kemelut rumah tangganya, namun perkahwinan selama 12 tahun itu akhirnya gagal diselamatkan lagi.

Penceraian itu dikatakan berpunca daripada masalah kesihatan Douglas, 68, yang semakin teruk. Namun, Jones menafikan dakwaan tersebut.

"Kami berpisah bukan sebab itu saja. Kami tidak dapat bersama lagi kerana beberapa perkara. Mungkin inilah jalan terbaik," katanya.

Turut dilaporkan, Michael telah berpindah dari rumah yang didiami bersama Jones serta dua anaknya, Dylan dan Carys, serta dikatakan menyewa di kawasan berdekatan.

Shila Amzah Tidak Mahu Dipinang Oleh Mana-Mana Lelaki

Shila Amzah




PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah menegaskan tidak membenarkan mana-mana lelaki masuk meminang dirinya buat masa ini dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.

Berita Harian melaporkan pada Rabu bahawa Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Hamzah, 23, dilaporkan kini lebih berani bersuara berbanding hanya menutup mulut dan meluahkan rasa menerusi Twitter ketika kemelut antara kekasihnya, Sharnaaz Ahmad dan bapanya hebat diperkatakan baru-baru ini. Dia yang tetap ditemani kedua-dua ibu bapanya bersyukur kerana diberi kekuatan menempuh dugaan yang secara tidak langsung mematangkan diri selain menganggap semua yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

“Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula.

“Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran butik konsep jam Oris di sebuah pusat beli-belah, di Petaling Jaya, pada Selasa.

Dalam pada itu, Shila mengakui lebih senang meluahkan perasaan menerusi karya muzik.

Namun begitu, dia enggan mengulas panjang tentang lagu terbarunya, Masih Aku Cinta dan Cinta Hati ditujukan khas kepada Sharnaaz.

“Saya tak nak komen hal itu. Sekarang saya mahu tumpukan perhatian kepada pembikinan dua album iaitu album Melayu dan Mandarin dalam tahun ini. Yang pasti, dua dendangan berkenaan dimuatkan dalam album itu yang dijangka dipasarkan Mei ini.

“Saya mahu menggembirakan hati orang dan peminat. Mereka seperti keluarga sendiri apabila memberi sokongan tidak berbelah bagi walau ketika pelbagai andaian meletus. Mereka teguh berdiri di belakang saya dan tidak sewenangnya percaya aneka cerita dipaparkan,” katanya.

Turut dicalonkan dalam Anugerah Pilihan Kanak-Kanak Nickelodeon bagi kategori Artis Asia sebaris dengan Psy, Shila memaklumkan dia juga tidak sabar menjadi tetamu Allah bersama keluarganya, Mac ini, bagi mengerjakan umrah.

Dia yang sudah mengosongkan jadual kerjaya selama dua minggu sejak tahun lalu berharap perjalanan dan ibadat mereka dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa.

“Saya memang sibuk kerana jadual penuh setiap minggu sejak memenangi Asian Wave tahun lalu. Kalau bukan kerana isu itu (kontroversi) pun saya sudah dihambat waktu. Syukur nawaitu mengerjakan umrah sekeluarga bakal terlaksana. Sekembali dari Tanah Suci, baru rakaman album akan disambung semula,” katanya.

Izara Aishah Tetap Setia Kepada Kekasihnya

Izara Aishah



Meskipun namanya berada di puncak, pelakon jelita ini tidak pernah menyembunyikan status hatinya yang sudah berpunya. Akui sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka sejak di tingkatan tiga lagi, Izara semakin yakin dengan hubungan yang dibina.

Bagaimanapun pelakon kacukan Melayu-Pakistan ini bingung apabila timbul dakwaan mereka sudah putus hubungan.

"Dakwaan mengatakan saya mempunyai kekasih baru tidak benar. Saya sangat terkejut dengan gosip ini. Sejujurnya saya hanya setia pada yang satu," ujar Izara.

Tegas Izara, dia tidak mungkin mencurangi kekasihnya itu.

"Hubungan kami sangat baik dan boleh dikatakan tiada sebarang masalah antara kami.

"Percintaan kami sejak dari zaman persekolahan tak mungkin saya akan menduakannya, bagi saya dia seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab dan berfikiran terbuka," katanya yang sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan aktor Fizo Omar.

Melihat dunia artis yang semakin panas dengan kisah putus cinta, Izara berharap perkara itu tidak akan berlaku terhadapnya. Bagaimanapun, dia terpaksa akur sekiranya bukan jodoh mereka.

"Hubungan kami memang serius. Tapi masih belum fikir ke arah yang lebih jauh (perkahwinan)," kata Izara yang masih belum sedia untuk mendedahkan buah hatinya itu.

Semakin memilih?

Sejak membintangi drama 'Vanilla Coklat', nama Izara Aishah semakin menjadi sebutan. Turut popular menerusi beberapa drama seperti Naziha dan Soffiya, naib juara pertandingan Dewi Remaja 2009/2010, ini mula menjadi rebutan pengarah dan penerbit tempatan tanah air.

Bagaimanapun sejak video tarian tango 'ghairahnya' tersebar di Youtube, ramai yang menyangka pelakon kecil molek ini mula menyepi. Sementelah wajahnya juga jarang kelihatan di kaca TV.

Tidak mudah melatah, pemilik nama Izara Aishah ini menganggap kariernya belum berakhir. Akui Izara, kontroversi itu tidak pula menggugat karier seninya.

"Memang sekarang saya jarang muncul di kaca TV kerana tumpuan saya adalah untuk filem terbaru, Pilot Cafe.

"Buat masa ini, saya mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap filem ini," kata Izara yang kini sibuk menjalani penggambaran filem arahan Osman Ali itu.

Membawa watak utama dalam karya adaptasi nukilan Ahadiat Akashah & Zuraidah Othman, Pilot Cafe mengisahkan tentang dilema seorang gadis terhadap dua lelaki.

Menurut Izara, dia berasa gembira apabila dipilih untuk menerajui watak utama di samping Fahrin Ahmad dan Neelofa.

"Ini adalah gandingan pertama saya bersama mereka. Jalan cerita filem ini sarat dengan kisah cinta.

"Memang pada mulanya saya rasa agak gentar, namun saya akan memberikan yang terbaik demi filem ini," katanya yang turut membintangi filem KL Zombie dan Putera di samping Beto Kusyairi dan Namron.

Tak lupa diri

Semakin 'ghairah' menerima tawaran filem, tidak bermakna aktres kelahiran Batu Pahat Johor ini sudah melupakan drama yang sebelum ini banyak melonjakkan namanya.

Baru saja selesai menjalani penggambaran siri, Oh My English, untuk musim kedua, Izara berkata, dia masih banyak menerima tawaran drama.

Sedar kemampuannya sebagai pelakon baru, dia terpaksa menolak tawaran drama buat masa ini. Malah akui Izara, dia bukanlah semakin memilih seperti mana yang didakwa segelintir pihak.

"Saya akan ambil tawaran mana yang datang dulu, tidak kira drama atau filem.

"Jadual lakonan saya memang padat. Sebab itulah saya tak boleh terima tawaran yang banyak.

"Biarlah saya fokus satu-satu dahulu," katanya yang terpaksa menangguhkan pengajian di kolej demi memberi tumpuan kepada lakonan.-SH

Zain Saidin Nafi Nikah Rozita Che Wan Julai Ini

Zain Saidin dan Rozita Che Wan



PELAKON Oh My English, Zain Saidin menafikan bakal bernikah dengan kekasihnya, Rozita Che Wan pada Julai ini.

Laporan akhbar tempatan semalam menyebut, pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta sudah memilih tarikh untuk bernikah Julai ini dengan Zain.

Ketika dihubungi, adik kepada Shasha Saidin ini menafikan laporan itu.

“Saya tanya Che Ta, dia kata tak pernah pun kata nak kahwin Julai. Mereka (akhbar) tulis sendirilah. Saya tanya dia tentang kenyataan itu, dia kata tak ada pun (bagi kenyataan) ,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Sebelum ini, Che Ta lebih memilih untuk berdiam diri bercakap tentang kisah cintanya dengan pelakon berwajah Pan Asia itu.

Beberapa minggu lalu, mereka bercuti ke Singapura bersama keluarga Che Ta sempena cuti sekolah.

Dalam pada itu, Zain juga akui masih belum ada perbincangan tentang perkahwinan.

“Belum ada perbincangan tentang perkahwinan lagi tetapi insya-ALLAH kalau ada rezeki hujung tahunlah,” katanya.

Mengulas lanjut soal laporan akhbar itu, Zain berkata, tidak logik jika pernikahan mereka pada bulan Julai.

“Julai itu bulan puasa kan? Ada ke orang kahwin bulan puasa? Kalau fikir secara logiknya, tak kan saya nak kahwin bulan puasa. Tak nak ajak orang datang kahwin ke apa?” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian Online melaporkan, Zain serius untuk bernikah dengan Che Ta dan merancang untuk berkahwin hujung tahun ini.

OLEH RAZIATUL HANUM A. RAJAK

Senin, 25 Februari 2013

Aidil Zafuan Dakwa Rita Rudaini 'Berlakon'

AIDIL Zafuan mengaku sudah tidak sayangkan Rita. 



SEREMBAN - Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Razak meminta isterinya, Rita Rudaini Mokhtar supaya hentikan sandiwara dan segera menamatkan krisis rumah tangga mereka yang berlanjutan sejak lebih setahun lalu.

Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam diberitahu bahawa pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar pernah dua kali meminta cerai sepanjang tempoh perkahwinannya dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak.


 RITA Rudaini di mahkamah rendah syariah, semalam.


Desakan itu dibuat selepas Rita Rudaini, 37, yang merupakan seorang pelakon membantah permohonan cerai yang difailkan Aidil Zafuan, 26, di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam, dengan alasan masih sayangkan suaminya itu.

"Kalau dia masih sayangkan saya, kenapa dia tidak mengikut arahan saya sebagai seorang suami. Saya bukan meminta dia membuat perkara yang tidak baik.

"Saya harap dia berhenti 'berlakon' seolah-olah masih sayangkan saya, kerana banyak kenyataannya di dalam akhbar sebelum ini mengaibkan saya sebagai seorang suami," tegas pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim itu kepada media sejurus prosiding.

Peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili Rita mengesahkan perkara itu dan memaklumkan anak guamnya tidak bersetuju dengan permohonan Aidil Zafuan selaku plaintif, malah Mohd Zaidi juga mencadangkan supaya diadakan perbincangan melalui Jawatankuasa Pendamai untuk kedua-dua pihak bersemuka selepas plaintif meninggalkan rumah lebih setahun lalu.

Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Akan Berkahwin Julai Depan

Zain dan Rozita ketika bercuti di Universal Studios Singapura baru-baru ini. - Foto Instagram Zain Saidin.


PETALING JAYA: Aktres Rozita Che Wan menjelaskan merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya, pelakon, Zain Saidin pada penghujung Julai depan.

Harian Metro pada Selasa melaporkan, Rozita, 42, juga memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana menganggap tidak perlu memandangkan mereka sudah mengenali hati budi masing-masing.

“Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan berkenaan,” kata Rozita ketika dihubungi, semalam.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengakui kisah cintanya dengan jejaka wajah Pan Asia itu bukan lagi rahsia dan sepakat dan bersedia menamatkan kontroversi cinta yang hangat diperkatakan menerusi media dan peminat.

Dalam pada itu, Rozita berkata, hubungan itu mendapat restu daripada ibunya walaupun jarak usia mereka 13 tahun.

“Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya,” katanya.

Tambah Rozita, Zain seorang yang berani mengambil langkah mahu mengahwininya berbanding lelaki lain yang sekadar meluahkan rasa cinta.

"Dia seorang yang romantik dan paling penting berani melamar saya. Sesiapa sahaja boleh meluahkan perasaan cinta tapi tidak sepertinya yang berani mengambil langkah seterusnya," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Zain memberitahu terkejut dengan keputusan kekasihnya itu untuk mengakhiri kisah cinta mereka lebih awal.

Zain memberiahu masih belum berbincang mengenai tarikh perkahwinan mereka kerana sibuk dengan tugas masing-masing.

"Memang sebelum ini saya tidak terfikir untuk berkahwin dalam jangkamasa terdekat tetapi apa pun kami akan berbincang mengenai tarikh yang sesuai," jelasnya.

Julia Ziegler Enggan Berbaik Semula Dengan Sharifah Sakinah

Julia Ziegler



PETALING JAYA: Pelakon Julia Ziegler mengambil pendirian tidak mahu berbaik dengan pelakon Sharifah Sakinah sekalipun aktres tersebut meminta maaf kerana dikatakan menjadi punca tercetusnya fitnah terhadap Julia beberapa tahun lalu.

Menurut Julia,29, kejadian tersebut merupakan pengalaman paling buruk buatnya selama bergelar artis sehingga membuatkan dia untuk lebih berhati-hati dalam berkawan.

"Sekalipun dia sudah meminta maaf secara peribadi saya tetap tidak akan berkawan rapat dengannya semula kerana saya sudah serik dengan apa yang telah terjadi selama ini.

"Saya tahu dia ingin berbaik dan sudah bercakap dengan beberapa orang artis serta rakan dalam industri bahawa dia ingin meminta maaf dengan saya tapi kenapa tidak berjumpa saya terus," ujarnya kepada mStar Online,di sini, Isnin.

 
Sharifah Sakinah


Julia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hubungan dingin antara dia dan aktres Sharifah Sakinah, 24, sejak beberapa tahun lalu yang kembali diperkatakan orang.

Tambah Julia, pertemuannya sehingga membuatkan dia bersalaman dengan Sharifah Sakinah sebelum ini terjadi secara tidak sengaja di sebuah majlis tetapi ia bukan bererti hubungan mereka sudah kembali jernih.

"Ya, kami ada bersalaman tahun lalu di sebuah majlis, itu pun kerana saya tidak perasan individu tersebut adalah dia (Sharifah Sakinah) kerana dia memakai kostum dan solekan yang mengubah penampilannya.

"Dia tidak perlu beri kenyataan kepada media bahawa kami sudah berbaik, walhal dia yang memulakan perkara ini dan tidak pernah mengakui kesilapannya," ujar Julia.

Sementara itu, Julia yang kini sibuk dengan latihan teater Asmara Songsang yang bakal ditayangkan di Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac ini menganggap kehidupan sekarang lebih tenang.

"Alhamdulillah sekarang kerjaya dan bisnes berjalan lancar, kehidupan peribadi juga lebih tenang selepas menunaikan umrah tahun lalu dan saya nampak apa yang saya inginkan dalam hidup," katanya.

Oleh KEMALIA OTHMAN

Minggu, 24 Februari 2013

Rita Rudaini Tuntut Aidil Zafuan Jelaskan Sebab-Sebab Mahu Bercerai

Rita bersama peguamnya, Zaidi Zain. Foto Rotikaya

 
PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini, mahu suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohammad Aidil Zafuan Abd. Radzak pada Isnin memberi alasan kukuh sebab-sebab ingin berpisah sebelum mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, di sini.

Aidil, 26, telah memfailkan penceraian terhadap Rita, 37, buat kali kedua selepas menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya itu pada Mei tahun lalu di mahkamah sama.

Menurut peguam Rita, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain, pelakon itu tidak bersetuju dengan permohonan cerai Aidil memandangkan mereka tidak pernah berbincang secara bersemuka sejak Aidil keluar dari rumah setahun lalu.

"Seperti kes sebelum ini, Rita ingin menuntut alasan kukuh kenapa Aidil mahu menceraikannya dan dia tidak bersetuju dengan permohonan itu selagi mereka tidak bersemuka untuk berbincang.


 Aidil Zafuan bersama peguamnya. Foto Rotikaya

"Selain itu, Rita ingin berbincang tentang banyak perkara termasuk berkenaan dengan hal anak sebelum bersetuju dengan keputusan itu (bercerai)," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Tambah Zaidi lagi, Rita berbuat demikian kerana enggan Aidil lepas tangan daripada tanggungjawabnya sebagai bapa kepada dua anak lelaki mereka iaitu Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

Terdahulu, Aidil telah membuat permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban dan permohonan hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban.

Bagaimanapun, mahkamah menunda kes pasangan itu dan menetapkan tarikh baru iaitu 8 Mac 2013 bagi membolehkan kedua-dua pihak melantik Jawatankuasa Khas Pendamai di Pejabat Agama Islam, Daerah Seremban.

Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan perkahwinan itu tidak mendapat restu keluarga.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Fizz Fairuz Mahu Tutup Buku

Fizz Fairuz bersama Almy Nadia



Enggan ulas lagi isu bekas tunang, bimbang kenyataan disalah tafsir

Pelakon yang menjadi perhatian sepanjang minggu lalu kerana kontroversi pertunangan dengan seorang wanita didakwanya berstatus isteri orang, Fizz Fairuz, mahu menutup buku lama dan enggan lagi memberikan sebarang komen berhubung isu itu.

Dalam kenyataan yang dibuat menerusi program hiburan Melodi, semalam, Fizz nekad mengunci mulut biarpun disoal bertubi-tubi mengenai kisah pertunangannya dengan wanita bernama Azlyn Massiela Mohamed Nazar, 26.
Keputusan itu, jelas Fizz, terpaksa dilakukan kerana dia enggan kenyataannya disalah tafsir dan seterusnya boleh mengeruhkan lagi hubungan dengan keluarga bekas tunangnya.

“Semua orang melakukan kesilapan. Saya anggap apa yang terjadi ini sebagai hukum karma daripada Allah atas kesilapan yang pernah saya lakukan selama ini.

Tidak pernah lari

Bintang Nur Kasih ini juga menafikan dirinya melarikan diri daripada pihak media. Cuma, tegasnya, dia enggan memberikan sebarang kenyataan lagi berhubung perkara itu.

Dia turut memohon supaya kontroversi dirinya bertunang dengan memutuskannya beberapa hari kemudian tidak lagi diungkit kerana dirinya sendiri ingin memulakan fasa baru dalam hidup.
Ketika diajukan pertanyaan adakah pelakon Almy Nadia yang juga bekas kekasihnya mempunyai kaitan dalam hal ini, Fizz sekali lagi tidak mahu memberikan sebarang komen kerana tidak mahu wanita berkenaan turut diheret sama dalam kes terbabit.

“Itu pun saya tidak mahu cerita apa-apa, takut nanti bercanggah. Cuma jangan babitkan orang lain dalam ini. Saya hendak tutup kes itu di sini, selepas ini saya tidak akan memberikan sebarang komen pun.

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

Fazura Tolak Babak Ranjang Dan Berpelukan



Fazura hormati permintaan ibu, terima tawaran berlakon dengan syarat.

Suatu ketika dulu, Fazura pernah melahirkan hasrat untuk memperlahankan kerjaya seninya demi permintaan ibu tercinta. Justeru, tahun lalu tidak banyak kelibat dirinya dilihat di layar perak atau skrin kaca. Cuma sesekali wajah jelita itu menghiasi kulit depan akhbar dan majalah sambil bercerita mengenai perniagaan butik yang baru diceburinya itu.

Bagaimanapun, ketentuan Allah tiada siapa yang tahu dan sebagai insan, siapalah Fazura untuk menolak rezeki yang terbentang di depan mata? Jendela 2013 dibuka dengan penuh kesyukuran apabila tawaran berlakon datang mencurah-curah.

Tak tolak rezeki

Enggan dilihat seperti menolak rezeki, aktres ini kembali membuat penampilan semula dengan menerima tawaran berkenaan. Begitupun, semua itu tetap ada syaratnya.

“Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, saya tidak akan berlakon dalam babak ranjang, berpelukan dan berpegangan tangan sambil berjalan. Saya buat begitu kerana saya menghormati permintaan ibu saya yang tidak suka dengan babak sebegitu.

“Memandangkan drama Kisah Cinta yang saya bintangi itu tidak mempunyai babak sedemikian dan kebetulan pengarah filem berkenaan kawan baik saya, serta ia menggandingkan pula saya dengan Shaheizy Sam serta Nazim Othman, jadi saya terima tawaran terbabit.

“Memang dari dulu lagi saya ingin berlakon dengan Sam kerana dia memang pelakon yang bagus,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta ubat gigi Colgate Optic White di Bandar Utama, pagi kelmarin.
Hadir sama, Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd, Chris Pikounis.

Berhenti berlakon bila kahwin

Bagaimanapun, pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin ini berkata, sebagai pelakon ada ketika dia perlu bertolak ansur dan tidak terlalu mementingkan diri sendiri.

Demi menghormati penulis skrip drama yang bakal disiarkan di Slot Lestary TV3 itu, Fazura terpaksa ‘melanggar’ sedikit syarat yang ditetapkannya.

“Ada satu babak saya perlu memegang tangan kekasih saya ketika kami meluahkan perasaan cinta masing-masing. Pegang sikit saja dan itu pun ketika kami sedang duduk. Babak itu perlu kerana ia mahu menunjukkan perasaan cinta kami. Saya kena juga menghormati kehendak penulis skrip.

“Bagaimanapun, jika boleh dielak, saya akan cuba mengelak demi menjaga perasaan ibu. Jika ditakdirkan saya berkahwin satu hari nanti, tak kisahlah dengan dengan sesiapa pun, memang saya akan berhenti berlakon. Jika bakal suami saya itu seorang pelakon, saya juga akan suruh dia berhenti berlakon,” tegasnya.

Oleh  Farihad Shalla Mahmud

Sabtu, 23 Februari 2013

Bekas Tunang Fizz Fairuz Mengaku Sudah Berkahwin




Kisah Fizz fairuz lagi dan kali ini kenyataan balas daripada pelakon lelaki ini pula mengatakan pihak perempuan sendiri mengaku sudah berkahwin apabila di’tanya baru baru ini.

“Selepas bertemu lelaki itu (Ramli), saya bercakap dengan Azlyn. Saya tidak marah, walaupun hati saya kecewa. Azlyn seperti terkejut apabila rahsianya telah terbongkar”

“Azlyn mengakui berkahwin dengan lelaki itu, tetapi caranya, seperti tiada apa-apa, seperti perkahwinan itu tidak sah. Mana boleh, berkahwinlah di hujung dunia sekalipun, pernikahan mereka sah di sisi agama”

“Cuma mereka perlu daftar dalam negara untuk mendapat sijil kahwin yang sah. Perkahwinan mereka sah walaupun tidak didaftarkan”

“Saya tidak mahu komen panjang lebar soal ini kerana saya tidak mahu terus mengaibkan Azlyn dan keluarganya. Tetapi saya perlu menjawab persoalan ini kerana saya tidak mahu terus dituduh sebagai penipu dan menganiaya hidup orang”

“Saya bercakap benar kerana ini soal maruah saya dan keluarga,” ujar Fizz Fairuz yang turut berkata Azlyn Massiela memberi alasan dia di’larikan dan terpaksa berkahwin dengan lelaki itu.-rotikaya



Kuala Lumpur: Pelakon sensasi, Mohd Fairus Zainal Abidin, 34 atau Fizz Fairuz yang dikaitkan kes putus tunang bersama isteri orang, Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26, membuat laporan di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya, Rabu lalu dan mendakwa tidak pernah mengetahui wanita itu sudah bernikah.

Laporan jam 1.43 petang itu dibuat sendiri pelakon terbabit yang bertujuan melindunginya selain tidak bertanggungjawab ke atas Azlyn sekiranya sesuatu terjadi selepas dia memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan.

Sumber polis berkata, laporan berkenaan difahamkan berkait kontroversi menimpa aktor terbabit tiga hari lalu sejurus pelakon filem Nur Kasih The Movie itu menerusi akhbar dilaporkan bertunang dengan isteri orang.

“Fizz menyatakan pernah berhubung dan berkawan dengan wanita itu namun dalam tempoh perhubungan, dia tidak tahu Azlyn bersuami.

“Namun, selepas mengetahui hal itu baru-baru ini (hujung minggu lalu), pelakon itu memutuskan hubungannya bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.
-HM

Kamis, 21 Februari 2013

Ammar Alfian Kesal Putus Cinta Dengan Puteri Sarah Liyana

Saat indah Ammar dan Puteri Sarah Liyana.





KUALA LUMPUR: Pelakon dan model Ammar Alfian Aziz diselubungi rasa kesal kerana sifatnya yang tidak menghargai Puteri Sarah Liyana menyebabkan terjadinya perpisahan selepas lima tahun mereka bercinta.

Pemilik nama penuh Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 26, ini berkata, dia terpaksa memutuskan hubungan wanita itu pada November tahun lalu kerana mereka sudah tidak mempunyai keserasian untuk bersama lagi.

"Sebenarnya setiap hari timbul rasa kesal dengan perpisahan kami tetapi hendak buat macam mana sebab kami sudah tidak serasi lagi.

"Perpisahan itu berpunca daripada kesilapan saya yang tidak pandai menghargai hatinya ketika bersama dulu," luahnya kepada mStar Online pada petang Khamis.

Desas-desus keretakan hubungan pasangan itu mula diperkatakan sejak sebulan lalu apabila Ammar keluar bersama wanita lain.

Menjawab dakwaan itu, Ammar berkata, ia adalah tuduhan yang tidak benar kerana dia masih belum menemui pengganti selepas berpisah dengan Sarah.

"Sepanjang lima tahun hubungan kami, memang ramai yang dengki dengan memburuk-burukkan nama saya kepada Sarah.


Ammar Alfian


"Apabila terlalu banyak fitnah kononnya saya curang disampaikan kepada Sarah, lama-kelamaan dia menjadi tawar hati.

"Walaupun saya sudah berusaha untuk meyakinkannya bahawa itu hanya fitnah tetapi ia sukar untuk memulihkan persepsinya kepada saya," katanya yang mengakui Sarah sudah mempunyai kekasih baharu.

Ammar berkata, dia mengambil pendekatan untuk merahsiakan keretakan hubungan mereka kerana tidak mahu menjejaskan nama Sarah yang kembali meningkat naik.

"Banyak saya belajar daripada kontroversi sebelum ini jadi saya tidak mahu cakap banyak sekarang.

"Biarlah saya fokus pada kerja dan mengembalikan kepercayaan industri dan media menerusi kerja saya," katanya yang bakal muncul sebagai hos program dokumentari Lambaian Pulau di TV2 tidak lama lagi.

Ammar sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dia dikatakan telah mengugut untuk membunuh wartawan hiburan menerusi Facebook miliknya kerana dikritik berhubung sikap panas baran serta hubungannya dengan Puteri Sarah.

Bagaimanapun selepas isu itu tercetus, Ammar telah membuat permohonan maaf secara terbuka pada 13 Mac 2010 dalam satu majlis anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Oleh WAHIDUZZAMAN

Fizz Fairuz Tersepit Dengan Masalah Yang Dicari Sendiri


Kemesraan Fizz bersama Azlyn Maissiela. 



PETALING JAYA: Hasrat pelakon Fizz Fairuz yang ingin menghilangkan kekusutan berhubung isu pertunangannya dengan isteri orang menjadi bertambah parah apabila timbul pula isu lain yang turut berkait.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, yang bertunang dengan Azlyn Maissiela Mohd Nazar, 26, pada 10 Februari lalu terpaksa memutuskan pertunangan selepas mendakwa wanita itu sebenarnya isteri orang.

Malah dalam laporan akhbar Harian Metro pada Rabu Fizz mendakwa dia mungkin terkena buatan orang selain kesal dengan pertunangan yang tergesa-gesa itu,.

Individu yang mendakwa suami kepada wanita tersebut dalam akhbar yang sama pada Khamis mendakwa Azlyn sedang ‘sakit’ selain mendedahkan dia dan wanita itu sudah bernikah di Thailand sebagai isteri keduanya tanpa mendaftarkan perkahwinan itu di negara ini.

Malangnya menerusi akhbar Berita Harianpada Khamis, wanita berkenaan yang berasa malu dengan tuduhan berkenaan tampil “melondehkan” segala-galanya mengenai hubungannya dengan Fizz selama ini selepas keburukan dia dihebohkan oleh Fizz.

Azlyn yang mendakwa masih bujang mendakwa telah mengenali Fizz sejak lima tahun lalu tetapi menjalinkan hubungan secara serius bermula setahun yang lepas.

Pendedahan Azlyn itu secara tidak langsung memberi gambaran Fizz Fairuz telah bermain kayu tiga – iaitu mengaku bercinta dengan Almy Nadia tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dengan orang lain.

Apakah kesudahan cinta Fizz dan Almy Nadia?



“Work smart” yang dilakukan oleh Fizz tidak menjadi apabila gambar pertunangan dia dengan Azlyn didedahkan oleh media.

Jika pendedahan itu tidak dibuat media, sehingga ke hari inilah kontroversi tersembunyi ini tidak akan diketahui.

Sebagaimana didedahkan Azlyn, pelakon lelaki ini dilihat mempunyai banyak masa untuk menjalinkan pertemuan bagi mengeratkan perasaan cinta mereka.

Tetapi, dalam hal ini wanita yang seolah-olah paling teruk terkena permainan Fizz adalah Almy Nadia kerana dia benar-benar terpedaya.

Pendedahan Azlyn juga memperlihatkan Fizz selama ini kurang menyenangi Almy Nadia walaupun dia tidak pernah meluahkan hasrat secara terbuka meninggalkan pelakon wanita itu.

Apa-apa pun ‘drama’ lakonan Fizz ini telah terbongkar dan secara tidak langsung mencalarkan reputasinya sendiri kerana dialah yang mencari masalah tanpa berjaya menyusun strategi dengan baik.

Seperti biasa, apabila keadaan semakin meruncing, Fizz menyalahkan “bomoh” kononnya apa yang terjadi ini adalah ada unsur-unsur penggunaan ilmu hitam.

Sehingga ke hari ini, Fizz cuba melarikan diri, telefon tidak berangkat malah rakan-rakannya juga mengunci mulut untuk tidak mendedahkan di manakah dia berada.

Fizz sudah tersepit bersama masalah akibat padah yang dicari sendiri.

Larilah Fizz selagi mampu kerana di depan sana lagi banyak lubang-lubang besar yang menunggu.

Ramli ‘Malu’ Isteri Keduanya Menipu Fizz Fairuz



Kuala Lumpur: “Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan.

“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” kata suami kepada bekas tunangan pelakon, Fizz Fairuz, 34, yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), 40-an.

Itu permintaan Ramli kepada masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz selepas kecewa tindakan ‘malu’ isteri keduanya yang menipu aktor terbabit sehingga mengadakan majlis pertunangan secara diam dengan pelakon itu, 10 Februari lalu.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan Fizz berasa tertipu dengan tindakan seorang wanita berusia 26 tahun yang mengakui dirinya belum berkahwin sebelum mereka bertunang di Kuantan, Pahang.

Namun, empat hari selepas bertunang, barulah Fizz mengetahui tunangnya itu isteri orang sejurus dimaklumkan kawan kepada adik wanita itu dan memutuskan hubungannya, Ahad lalu.

Ramli berkata, punca isterinya bertindak demikian kerana kesunyian berikutan kurang diberi perhatian selepas mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

“Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua).

“Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya,” katanya memaklumkan sudah berjumpa pelakon itu di Subang Jaya, Sabtu lalu dan menceritakan segala-galanya.

Sumber memaklumkan, selepas berkahwin, pasangan itu tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana pejabat agama dalam negara.

Menurut Ramli, walaupun bergelar suami isteri, dia jarang berjumpa wanita itu selepas bimbang perkahwinan mereka diketahui isteri pertama.

“Biarpun sibuk, saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta kenderaan,” katanya memaklumkan hanya berjumpa wanita itu beberapa kali dalam sebulan.

Menceritakan percintaan bersama Fizz, Ramli berkata, isterinya menggunakan telefon bimbit miliknya untuk berkomunikasi termasuk mengadakan temujanji untuk keluar bersama.

“Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur,” katanya.

Kata Ramli, keluarga wanita itu turut tidak mengetahui kedudukan sebenar kerana isterinya tidak pernah memaklumkan mengenai perkahwinan mereka.

Menurutnya, wanita itu kini masih isterinya yang sah biarpun perkahwinan di Thailand tidak didaftarkan.

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Rabu, 20 Februari 2013

Kecoh!! Fizz Fairuz Bertunang Dengan Isteri Orang

Fizz telah bertunang dengan wanita yang sudah pun bersuami pada 10 Februari lalu.


PETALING JAYA: Ketika heboh majlis pertunangan rahsia Fizz Fairuz dengan seorang wanita yang berlangsung pada 10 Februari lalu, pelakon tersebut sebenarnya telah bertunang dengan isteri orang.

Rahsia wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang tersebut terbongkar apabila Fizz sendiri dimaklumkan oleh kawan kepada adik wanita tersebut mengenai status “tunangnya” itu.

“Empat hari selepas bertunang barulah saya tahu wanita itu merupakan isteri orang. Sabtu lalu saya telah berjumpa dengan suami wanita itu. Lelaki itu menjelaskan wanita berkenaan adalah isteri keduanya selepas mereka bernikah di Thailand,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro pada Rabu.

Fizz juga menganggap dia benar-benar tertipu dan berasa hairan perkenalannya yang singkat dengan wanita berkenaan telah membuka hatinya untuk bertunang berbanding hubungannya dengan pelakon Almy Nadia yang sudah terjalin selak tujuh tahun lalu.

Malah Fizz juga memohon maaf kepada Almy Nadia kerana kejadian itu termasuklah kepada semua pihak.

“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang.

"Kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya.

Pertunangan Fizz,34, secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27.

“Saya baru dapat tahu dia (Fizz) bertunang dengan isteri orang, tetapi saya tidak mahu masuk campur urusan mereka,” kata pelakon, Almy Nadia, 27, ketika ditanya mengenai perkembangan terbaru Fizz Fairuz.

Almy berkata, dia mendapat tahu perkhabaran itu beberapa hari lalu menerusi rakan namun baginya itu bukan urusannya.

Ditanya mengenai Fizz terkena buatan orang, Almy turut mengakui kemungkinan itu kerana sepanjang tujuh tahun Fizz menjadi kekasihnya, aktor itu tidak pernah berkelakuan sedemikian.

“Sebelum ini Fizz tidak pernah menunjukkan perkara pelik seperti apa sudah terjadi. Saya pernah menyuruhnya berubat, tetapi entahlah...,” katanya enggan mengulas lanjut.

Memetik laporan mStar Online pada 14 Februari lalu, pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata tindakan Fizz Fairuz yang menyarung cincin ke jari manis tunangnya merupakan satu kesalahan daripada segi adat Melayu dan haram hukumnya dalam agama Islam.

Wan Akashah juga turut menasihati Fizz supaya perlu menguar-uarkan majlis pertunangannya kepada umum untuk mengelak sebarang prasangka.

Kamis, 14 Februari 2013

Black Dedah Identiti Tunangnya

Black bersama tunangnya, Cira Khairi.



PETALING JAYA: Penyanyi Black yang sebelum ini berkeras mahu menyembunyikan identiti tunangnya akhirnya dia harus berkongsi sedikit mengenai hal peribadinya kepada umum atas kedudukannya sebagai artis.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah, 26, berkata, oleh sebab itulah dia mula memuat naik foto-foto bersama tunangnya yang dikenali sebagai “Cira Khairi,” di laman sosial Instagram.

"Sebagai orang yang dikenali, saya faham peminat nak tahu setiap perkara tentang diri saya tetapi ada yang boleh saya kongsi dan ada yang tidak boleh.

"Diakui juga, sebelum ini memang saya tidak mahu berkongsi berita pertunangan ini. Takut tak jadi, malu pula seluruh keluarga kami.

"Bagaimanapun, saya sedar, menjadi selebriti juga, kita perlu berkongsi sedikit tentang hal-hal penting mengenai diri kepada orang ramai. Dan kerana itu saya mula memuatkan beberapa foto saya dan tunang di Instagram," katanya yang dihubungi mStar Online pada Khamis.


Black akhirnya membuat keputusan berkongsi rahsia peribadinya. 


Tambah Black yang merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ini, dia berjanji akan berkongsi berita gembira itu sekiranya sudah menetapkan tarikh perkahwinannya.

Black dan wanita berkenaan mengikat tali pertunangan pada 26 Januari lalu dalam satu majlis sederhana yang dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Namun ia dirahsiakan daripada diketahui umum bagi menghormati permintaan keluarga.

Beritahu penyanyi yang popular dengan lagu Teman Pengganti ini, dia sudah bersedia majlis pertunangannya itu akan terbongkar juga walaupun dia tidak menghebohkannya.

"Mujurlah awal-awal lagi saya dah jelaskan kepada keluarga pihak perempuan bahawa pertunangan ini sukar dirahsiakan kerana saya seorang selebriti.


"Ditambah pula dengan adanya pelbagai medium sosial, ia cepat tersebar. Tetapi tak sangka pula hal ini dapat dirahsiakan hampir sebulan," selorohnya.

Sementara itu, mengenai perkembangan lain, Black baru sahaja selesai berlakon filem berjudul Longkai di bawah arahan Hashim Rejab terbitan Metrowealth International Group (MIG).

Dalam filem itu, Black membawakan watak bernama Ketum bergandingan bersama pelakon Erra Fazira dan Wawa Zainal.

"Ini merupakan filem pertama saya dan tak sangka pula lakonan saya diberi respons positif daripada pengarah.

"Tetapi ia agak mencabar juga kerana pada hari pertama, kekok juga dibuatnya untuk berlakon.

"Alhamdulillah, selepas itu saya semakin selesa. Bagaimanapun lakonan ini hanya sekadar mahu mencuba. Karier nyanyian tetapi diutamakan," ujarnya.


Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Rabu, 13 Februari 2013

Luahan Hati Almy Nadia Tentang Pertunangan Mengejut Fizz Fairuz Dan Azlyn Massiela




Semalam, kita dikejutkan dengan pertunangan pelakon, Fizz Fairuz bersama seorang gadis dari Kuantan, Pahang.

Wanita berkenaan adalah Azlyn Massiela Mohd Nazar atau lebih dikenali sebagai Reen.

Ini kerana, sebelum ini semua orang mengetahui yang pelakon cantik, Almy Nadia adalah kekasih kepada Fizz.

Namun, sejak beberapa bulan lalu dikatakan hubungan mereka renggang dan apabila diajukan mengenai hala tuju perhubungan mereka, tiada siapa di antara mereka yang dapat memberikan satu gambaran khusus.

Sama ada mereka masih bercinta atau sebaliknya.

Oleh sebab itu apabila mendapat tahu yang Fizz Fairuz sudah bertunang dan gadis berkenaan bukanlah Almy Nadia, ramai yang terkejut.

Memetik laporan Harian Metro, hari ini, Almy memberitahu tidak ada apa yang dapat menggambarkan tentang pertunangan Fizz dan wanita itu.

Berikut merupakan petikan dari kata-kata Almy.

“Tiada kata-kata mampu saya ucapkan mengenai pertunangan Fizz dengan wanita itu. Hanya satu mampu diucapkan, ‘pulang paku ke buah keras’. Fikirkan.

“Saya tahu Fizz sudah bertunang. Kalau nak tahu cerita lebih, tanyalah dia kenapa dia bertunang dan kami berpisah,” katanya.

Tambah Almy dia enggan membuka mulut selagi Fizz tidak memberi sebarang kenyataan.

“Pergi tanya Fizz dulu, kita tengok apa jawapan dia. Kalau dia buka mulut, saya juga sudah bersedia dengan jawapan saya. Berani kerana benar, takut kerana salah.

“Sepanjang bergelar anak seni, saya tidak menimbulkan sebarang kontroversi dan fikirkanlah. Sekarang ini siapa yang bertunang dan siapa yang ada orang lain.

“Saya tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata selepas mendapat tahu tentang pertunangan itu. Lebih baik tanya Fizz dan keluarganya,” jelasnya.

Almy turut menambah buat masa ini dia hanya mahu mendiam diri, tiada sesiapa pun yang dapat memahami perasaannya selain Allah SWT.

Almy Nadia Terkejut Fizz Fairuz Bertunang Dengan Orang Lain Secara Diam-Diam


 
 Gambar Fizz Fairuz bersama tunangnya Azlyn Massiela 



 




Fizz Fairuz menyarungkan cincin di jari manis Azlyn Massiela wanita yang dikatakan tunangnya pada Ahad lalu.

 

PETALING JAYA: Tindakan Fizz Fairuz yang menyarung cincin ke jari manis tunangnya merupakan satu kesalahan daripada segi adat Melayu dan haram hukumnya dalam agama Islam.

Pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, mengikut hukum Islam, lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bersentuhan selagi belum melaksanakan akad nikah walaupun sudah bertunang.

"Kita perlu faham bahawa selagi belum berlakunya akad nikah, tunang kita masih lagi bukan mahram, maknanya tidak boleh disentuh.

"Hadis Nabi ada menyebut sesiapa yang berkahwin, ia telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya.
Wan Akashah Wan Abdul Hamid. Foto daripada blog hazirinbudiman

"Memang niat dah betul, tetapi jalan untuk menuju ke matlamat (berkahwin) itu mestilah selari. Perlu diingat, matlamat tidak menghalalkan cara," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu.






Gambar fail Fizz Fairuz bersama Almy Nadia


Wan Akashah diminta mengulas penyebaran gambar pertunangan Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, dengan seorang wanita yang dikatakan berlangsung di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan, Pahang pada Ahad lalu.

Salah satu gambar itu memperlihatkan Fizz menyarungkan cincin ke jari manis wanita berkenaan yang biasanya dilakukan oleh ibu ataupun individu wanita, mewakili pihak lelaki dalam sesebuah majlis pertunangan.

Tambah pengacara program Semanis Kurma di TV9 ini, sepatutnya ibu Fizz atau wanita lain yang mewakili pelakon itu perlu menyarung cincin tersebut ke jari wanita berkenaan.

Dalam adat orang Melayu, bertunang adalah satu perjanjian dan ia diuruskan oleh keluarga pihak lelaki dan perempuan yang berjanji untuk berkahwin.

Sebagai tanda 'diikat', wanita yang dilamar itu akan disarungkan cincin pertunangan oleh ibu atau wanita yang mewakili pihak lelaki selain kedua-dua pihak perlu menetapkan satu tempoh masa untuk majlis ijab kabul.

Perlu Uarkan Pertunangan

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Akashah yang juga suami kepada penceramah Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood menasihati Fizz supaya perlu menguar-uarkan majlis pertunangannya kepada umum agar tunangnya itu tidak dirisik orang lain

"Bukan sahaja perkahwinan perlu diuar-uarkan, tetapi juga majlis pertunangan. Ini kerana apabila seseorang itu sudah bertunang, haram untuk orang lain meminang wanita yang sudah dipinang. Sebab itu ia perlu diumumkan kepada semua," ujarnya.

Sementara itu usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Fizz berhubung majlis berkenaan tidak berhasil kerana pelakon itu enggan menjawab panggilan telefon dan juga tidak membalas mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).

Fizz dikatakan tidak percaya bagaimana berita pertunangan itu “bocor” selain mengejutkan pelakon Almy Nadia yang selama ini dikatakan kekasihnya walaupun pelbagai kontroversi dilalui mereka sebelum ini.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Selasa, 12 Februari 2013

Testosteron Seimbang Bikin Performa Seksual Prima

detail berita
Asupan sehat pria 
TOPLESS - SALAH satu hormon penting pada pria adalah testosteron. Hormon ini bisa tidak seimbang apabila Anda menjalankan hidup tidak sehat. Tentu ketidakseimbangan hormon ini akan menggangu performa seksual Anda.

Testosteron adalah hormon alami yang dominan pada laki-laki. Ketidakseimbangan hormon pada pria muncul ketika seorang pria memiliki terlalu banyak hormon wanita yaitu estrogen. Hal ini dapat menyebabkan masalah kencing, dorongan seksual rendah, masalah prostat dan depresi, dan banyak masalah kesehatan serius lainnya. Ada berbagai cara seorang pria dapat mengembangkan masalah dengan dominasi estrogen, berikut ini adalah beberapa faktor yang menyebabkan hormon tidak seimbang, seperti yang dilansir Ehow.

Steroid


Steroid adalah hormon sintetis pada pria. Dokter kadang meresepkan steroid pada pria yang memiliki kadar testosteron yang sangat rendah. Tapi ketika steroid disalahgunakan, mereka dapat menciptakan ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan reaksi negatif pada pria. Pria juga bisa mengalami efek samping yang berbahaya, seperti tekanan darah tinggi, ginjal dan masalah hati, kemarahan yang tidak terkendali dan bahkan penurunan ukuran testis.

Lingkungan


Racun polusi di udara, dapat memengaruhi sekresi hormon. Jadi, jika Anda tinggal di kota besar yang memiliki banyak polusi, Anda bisa berakhir dengan memiliki ketidakseimbangan hormon. Polusi petrokimia di lingkungan dapat menyebabkan kadar testosteron menurun.

Diet


Makanan yang dikonsumsi seorang pria dapat memiliki pengaruh yang besar pada keseimbangan hormonalnya. Banyak dari makanan yang Anda makan setiap hari mengandung hormon (estrogen), termasuk ayam, daging sapi, susu buah, dan telur. Hewan ternak yang dipompa dengan hormon estrogen sintetik dalam upaya untuk menggemukkan mereka juga berpengaruh. Buah yang disemprot dengan pestisida dan herbisida yang mengandung estrogen sintetis yang sama. Satu-satunya cara untuk menghindari konsumsi ini adalah untuk membeli makanan organik. Periksa daging dan susu yang Anda beli untuk memastikan bahwa penjual tidak menggunakan hormon pada hewan.

Sumber

Wow, Jokowi Dikerubungi 33 Wanita Cantik

detail berita
Jokowi beserta finalis Miss Indonesia 
TOPLESS - GUBERNUR DKI Jakarta, Joko Widodo berkesempatan menemui sejumlah 33 finalis Miss Indonesia 2013. Antusiasme begitu terpancar dari wajah para finalis ketika bertemu sang Gubernur.

Hari keempat karantina Miss Indonesia 2013, diisi dengan sejumlah agenda menarik. Salah satunya ialah menerima pembekalan dari Deputi Gubernur Bidang Budaya dan Pariwisata Bapak Sukesti Martono.

Usai mendengar pemaparan mengenai Jakarta dan permasalahannya, sejumlah 33 finalis juga berkesempatan bertemu dengan Gubernur DKI Jakarta, Joko Widodo. Dalam kesempatan ini, orang nomor satu di Jakarta ini menyempatkan diri untuk berfoto bersama para finalis Miss Indonesia 2013.

Rombongan finalis pun antusias untuk berfoto dengan sang Gubernur. Kolaborasi batik cantik yang dikenakan para finalis begitu kontras dengan seragam Pegawai Negeri Sipil (PNS) yang dikenakan oleh Jokowi.

Pengambilan gambar diadakan dua sesi, yakni di dalam dan di halaman Balai Kota Provinsi DKI Jakarta, Senin (12/2/2013). Melihat begitu banyaknya finalis, Jokowi pun sempat melontarkan komentar, "Kayak kereta ya," candanya.


"Yuni Shara Titip Salam untuk Raffi"


Yuni Shara & Raffi Ahmad saat masih bersama (Foto: Rama N)
Yuni Shara & Raffi Ahmad saat masih bersama 
TOPLESS - JAKARTA - Krisdayanti (KD) tak mau ketinggalan menunjukkan simpatinya untuk Raffi Ahmad. Bersama sang suami, Raul Lemos, KD mendatangi Badan Narkotika Nasional (BNN) untuk menjenguk presenter Dahsyat itu.

Pelantun "Menghitung Hari" yang datang menggunakan mobil Alphard putih bernomor polisi B 75 KD itu berharap Raffi bisa bebas dari tahanan atau rehabilitasi.

"Aku harap enggak ada yang harus dikorbankan dengan dia ditahan atau direhabilitasi. Sebagai anak muda, dia masih punya masa depan panjang," kata KD di gedung BNN, Cawang, Jakarta Timur, Selasa (12/2/2013).

Saat ditanya tentang keberadaan Yuni, ibu empat anak ini mengungkapkan kakaknya sedang ibadah umrah. Dia juga mengatakan Yuni menitip salam untuk Raffi.

"Yuni masih umrah. Mudah-mudahan pulang umrah bisa langsung ke sini. Iya, Yuni titip salam untuk Raffi, katanya semoga masalahnya cepat selesai," paparnya.

Seperti yang diketahui, Raffi merupakan bekas kekasih Yuni Shara. Namun setelah empat tahun menjalin hubungan, akhirnya mereka putus.

Sementara itu, Yuni disebut-sebut menjadi aktor di balik penahanan Raffi. Pasalnya, keputusan Raffi menggunakan narkoba diduga kuat diawali kandasnya hubungan dia dengan Yuni. Namun terkait hal itu, Raffi belum melakukan konfirmasi.

Sumber

Minggu, 10 Februari 2013

Sharnaaz Ahmad Jauhkan Diri Dari Shila Amzah




Sharnaaz (kanan) ambil pendekatan untuk mengunci mulut dan menjauhkan diri daripada Shila selepas pelbagai kekecohan pada hubungan mereka timbul.
 

PETALING JAYA: Kekasih kepada penyanyi Shila Amzah iaitu aktor Sharnaaz Ahmad enggan memberikan komen lanjut berhubung status terkini konflik hubungan mereka.

Pemilik nama sebenar Sharnaaz Basir Ahmad, 28, berkata, dia mengambil pendekatan itu selepas timbul pelbagai kekecohan termasuk tindakan Shila yang melarikan diri daripada keluarga ekoran tertekan dengan pergeseran antara dirinya dan bapa penyanyi itu, ND Lala.

“Saya sudah tidak mahu cakap apa-apa. Selepas apa yang berlaku, saya sudah malas hendak komen lagi,” jawabnya ringkas ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Ahad.

Terbaharu, ND Lala tampil membuat kenyataan pada rancangan Melodi yang disiarkan pada Ahad di TV3, melarang aktor itu mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya dan Shila bagi mengelakkan prasangka dan fitnah yang berterusan.

ND Lala berkata, kenyataan Sharnaaz, selama ini bukan sahaja mencemarkan namanya tetapi turut memalukan keluarga.

Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit.

Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya kerana masalah tersebut.

Shila yang ‘melarikan’ diri selepas pulang dari Shanghai, China minggu lalu akibat tertekan dengan konflik itu bagaimanapun sudah kembali ke pangkuan keluarga pada Sabtu.

Ditanya adakah dia menghubungi atau berjumpa dengan penyanyi itu, Sharnaaz berkata, dia lebih senang menjauhkan diri selepas apa yang berlaku.

“Memang sudah malas (berhubung) selepas apa yang berlaku. Saya tidak jumpa atau hubungi dia sebab saya sudah jauhkan diri,” jelasnya.

Pada Jumaat lalu, Shila memuat naikkan rakaman kesedihannya sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu dalam YouTube selain mengharapkan kejernihan terhadap kemelut yang melanda.

Oleh WAHIDUZZAMAN

Shila Amzah Kembali Ke Pangkuan Keluarga Selepas Seminggu 'Membawa Diri'

ND Lala (kiri) membuat laporan polis selepas Shila hilang tanpa berita selama seminggu.

cian shila amzah,takper shila.. kumbang bukan seekor, lagipon lpskn la laki yg tak boleh serasi dgn family kite lg2 kalu asik bergaduh dgn ayah kite, sharnaaz pun blm lg jd imam atau suami yg sah utk ditaati,anyway u stil belong to ur daddy dear..jd pengajaran utk artis2 yg lain..lau blom ade sbrg ikatan jgn la canang satu m'sia n over-exposed..u over-exposed sbb tu ur dad over-protected dear shila..peace 

GEORGETOWN: Penyanyi Shila Amzah yang mencetuskan kontroversi mengenai kisah percintaannya tiba di sebuah hotel ,di sini, bersama bapanya, N D Lala, kira-kira 10.45 malam tadi.

Dia kelihatan ceria ditemani pengawal peribadi dan bapanya itu tetapi enggan mengulas mengenai kemelut itu. Tetapi, Shila tetap melayan peminatnya di perkarangan hotel itu.

Shila, 23, yang sebelum ini 'menghilangkan' diri sejak tujuh hari lalu kerana tertekan dengan konflik percintaannya bersama pelakon, Sharnaaz Ahmad sudah kembali ke pangkuan keluarganya.

Difahamkan, Shila menghubungi bapanya yang juga penyanyi dan pengacara, ND Lala, 53, selepas berita ND Lala membuat laporan polis mengenai kehilangan Shila disiarkan akhbar, semalam.

Shila Amzah yang dilaporkan hilang selama seminggu menafikan dia cuba melarikan diri ekoran kemelut cinta yang mengaitkannya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 23, sebaliknya menjelaskan, dia hanya ingin mencari ketenangan.

Penyanyi itu dalam akaun Twitternya petang semalam berkata: "Kamu tidak tahu apa yang telah saya lalui. Saya tidak melarikan diri, saya hanya ingin tenangkan diri daripada semua orang. Kenapa tidak boleh? Beritahu saya."

Bapanya yang juga pelakon, ND Lala, 53, telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pagi kelmarin selepas hampir seminggu kehilangan anak sulungnya itu.

Bagaimanapun, Shila yang popular dengan lagu Patah Seribu serta menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 ditemui dalam keadaan selamat oleh bapanya di Kemaman, Terengganu malam kelmarin.

Difahamkan, penyanyi itu menghubungi bapanya selepas berita kehilangannya disiarkan akhbar semalam.

Jumat, 08 Februari 2013

Ibu Shila Amzah Pengsan Tiga Kali Kerana Tertekan Dan Terlalu Sedih

Shila Amzah bersama bapanya ND Lala (kiri) dan ibunya Fauziah Sarman (kanan).Semoga kemelut percintaan Shila Amzah ini akan berakhir demi kelangsungan kariernya yang sedang meniti kejayaan.Percayalah!! sebagai seorang bapa yang penuh dengan pengalaman hidup,ND Lala telah bertindak secara betul dan bijaksana dalam menjamin kebahagiaan hidup untuk anak gadisnya ini.Sebenarnya Shila telah tersalah langkah kerana terjebak ke dalam hubungan cinta yang tidak keruan disaat-saat kariernya sedang menuju kegemilangan.


Drama percintaan penyanyi, Shila Amzah dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad yang dikatakan tidak mendapat restu bapa Shila, penyanyi dan pengacara, ND Lala masih hangat dibualkan dalam industri hiburan.

Pendirian tegas ND Lala serta kenyataan yang dikeluarkan Sharnaaz dan Shila melalui media menjadikan kisah mereka ini semakin sensasi dan berbelit.

Shila pula sejak pulang menjalani rakaman di China baru-baru ini dikatakan belum menghubungi Sharnaaz sama ada bertanyakan kontroversi itu atau bertanya khabar. Namun Shila ada menulis status dilaman Twitter.

Shila yang tertekan dikatakan sedang bersendirian di sebuah tempat bagi mencari ketenangan tanpa keluarga dan juga Sharnaaz.

Namun, pagi semalam stesen radio Hot FM me­nyiarkan ke seluruh negara luahan rasa sedih Shila terhadap masalah itu. Rakaman yang dipetik daripada laman YouTube yang dimuat naik Shila antara lain turut menyatakan rasa rindu terhadap ibu bapanya.

Video itu memaparkan Shila yang berbaju dan bertudung serba putih dengan wajah yang sugul dan sedih berikutan konflik itu.

SS memang kasihan de­ngan mereka ini. Pastinya Shila tertekan dan serba salah kerana dia menyayangi kedua-duanya.

Apapun, SS harap masalah ini dapat diselesaikan. Jika dilihat keadaan sekarang, setiap keputusan yang diambil pasti akan mengecewakan satu pihak. Namun ia perlu dilakukan dan mereka perlu tabah dengan keputusan yang diambil.

SS dimaklumkan, ibu Sila, Fauziah Sarman tidak sihat dan baru-baru ini, pengsan tiga kali di rumah kerana tertekan dan terlalu sedih. Harap semuanya akan kembali pulih. -HM


Saksikan video..Shila Amzah menangis sehingga bengkak mata, memohon maaf sambil menyanyi lagu 'Ombak Rindu'..sedihnyer..

 

Rabu, 06 Februari 2013

Shila Amzah Bawa Diri Untuk Mencari Ketenangan

Shila mahu kekasihnya dan bapa berdamai.


Shila Amzah bersama bapanya ND Lala.


PETALING JAYA: Kontroversi melibatkan Sharnaaz Ahmad dan ND Lala membuatkan penyanyi Shila Amzah meluahkan perasaannya tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya.

Shila menerusi laman Twitter miliknya berkata, walaupun keluarga menjadi keutamaannya, namun pada masa sama dia mahu diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri.

"Ya, keluarga didahulukan, tetapi pada masa sama saya ingin peluang untuk membuat keputusan sendiri juga. Saya tidak mahu terlalu dikongkong lagi. Biarlah saya menjadi diri sendiri," katanya dalam Twitter miliknya, Rabu.

Tambah Shila, dia kini sedang bersendirian di sebuah tempat bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz.

Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.

Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut.

Pada malam Selasa, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut.

Dalam kemas kini terbaharu Twitternya, Shila turut berjanji untuk menjadi teman hidup Sharnaaz serta anak yang baik sekiranya kedua-dua lelaki yang disayanginya itu tidak bersengketa lagi.




"Jika abang (Sharnaaz) dan abah berbaik, saya berjanji akan menjadi teman hidup abang dan anak abah yang terbaik di dunia. Insya-Allah.

"Saya harap sangat untuk abang dan abah berdamai. Saya tidak mahu hilang dua-dua," tuturnya.


Sharnaaz Jauh Hati Gara-Gara Surat Terbuka Shila Amzah

Aktor Sharnaaz Ahmad berasa jauh hati dengan kekasihnya penyanyi Shila Amzah apabila wanita itu bertindak menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik hubungan mereka ketika ini tanpa mahu bersemuka untuk menyelesaikan masalah.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 28, berkata, tindakan Shila memohon maaf kepada dirinya dan keluarga menerusi surat terbuka itu dilihat seperti tidak telus dan keanak-anakan.

Katanya, sebagai individu yang matang Shila sepatutnya datang bersemuka dan berbincang dengannya bagi mencari jalan penyelesaian dan bukan mengutus surat untuk disiarkan buat tatapan umum.

“Saya sudah malas nak komen sebenarnya. Pada saya, kenyataan sebegitu (surat) adalah tidak telus dan macam budak-budak.

“Kenapa tidak bersemuka dan duduk berbincang? Saya sudah malas nak ambil pusing mengenai dia, terpulanglah (pada keadaan),” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Sharnaaz berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan rasmi penyanyi lagu Patah Seribu itu menerusi surat memohon maaf yang dikirimkan kepada pihak media.
Surat permohonan maaf daripada Shila yang dikirimkan kepada media pada malam Selasa.

Dalam surat tersebut Shila berkata sikap terlalu menyayanginya adalah antara faktor menjadi penyebab ibu dan bapanya terlalu menjaganya dan sebagai anak dia tidak sanggup melukai hati mereka.

Malah Shila juga meminta semua pihak tidak menghukum Sharnaaz selain memohon maaf secara terbuka kepada pelakon lelaki itu dan juga keluarganya terhadap segala masalah yang timbul sejak kebelakangan ini.

Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.

Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila ND Lala dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor itu.

Aktor filem Kerat 14 itu berkata, kenyataan menerusi surat itu seolah-olah memperlihatkan bahawa Shila tidak mampu untuk bersemuka bagi menyelesaikan konflik hubungan mereka.

“Sampai bila dia (Shila) nak dikawal begitu? Hak bersuara dan berfikir adalah hak dia, bukan hak ibu bapanya,” luahnya dalam nada kesal.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz kini berada di lokasi penggambaran filem terbaharunya berjudul Gila Baby arahan Kabir Bhatia sementara Shila dan keluarganya masih lagi berada di China untuk urusan album.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK/
WAHIDUZZAMAN

Sabtu, 02 Februari 2013

Tahniah! Memey Dan Norman Dapat Bayi Lelaki

MEMEY memangku bayi lelakinya, Mohamed Darwisz.
 


Kuala Lumpur: Pengalaman mengasuh anak suami yang juga aktor terkenal, Norman Hakim hasil perkahwinan pertama bersama Abby Abadi membuatkan dramatis, Suhaiza Suhaimi atau Memey, 25, tidak kekok menguruskan anak sulungnya.

Memey selamat melahirkan , Mohamed Darwisz Hakim, di sebuah hospital swasta di sini, jam 9.50 malam kelmarin.

Sewaktu dihubungi, Memey berkata, dia bersyukur kandungannya sihat dan dilahirkan secara normal dengan berat 3.4 kilogram.

Katanya, walaupun sebelum ini sewaktu mengasuh anak tirinya, Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, mereka sudah besar, ia sedikit sebanyak memberikannya pengalaman.

“Saya tak kekok apabila kali pertama memegang Darwisz dan menyusu badan. Rasa seperti sudah biasa dan bersyukur dengan pengalaman ini,” katanya.

Menceritakan pengalaman melahirkan anak sulung, pelakon berasal dari Kota Tinggi, Johor ini berkata, pada peringkat awal dia berasa sakit pinggang, namun tidak mengesyaki apa-apa kerana menganggapnya normal.



NORMAN mengucup Mohamed Darwisz.


“Saya mula terasa sakit 31 Januari lalu, dan pada sama doktor menjangka saya akan melahirkan anak pada 28 Januari. Selepas memberitahu Norman, dia turut jangka saya mahu bersalin,” katanya.

Jelas Memey, Norman yang baru pulang menjalani penggambaran jam 6 pagi kelmarin bergegas membawanya ke hospital.

“Disebabkan mahu melahirkan anak sulung secara normal, saya terpaksa tahan selama satu hari hinggalah kelmarin selepas Maghrib, doktor berkata saya bersedia untuk melahirkan,” katanya.

Memey berkata, sepanjang proses melahirkan, Norman turut berada di sisi dan mengazankan Darwisz.


Bayi itu dilahirkan dua minggu awal daripada tarikh jangkaan bersalin.

Tambah Memey, dia juga bersyukur apabila proses kelahirannya tiada sebarang komplikasi lebih-lebih lagi apabila Norman berada di sisinya sepanjang tempoh masa untuk melahirkan.

"Saya rasa tenang sedikit ketika dalam keadaan sakit melalui proses kelahiran, Norman sempat memberi pelbagai nasihat.

"Dan sepanjang masa itu, saya hanya mengikut kata-katanya dan ternyata nasihat-nasihat yang diberikan banyak membantu saya melahirkan Darwisz, Alhamdulillah," tuturnya.

Sementara itu, Memey memberitahu, dia akan berpantang secara tradisional di rumahnya Kuala Lumpur selama dua minggu dan kemudian akan pulang ke kampungnya untuk meneruskan rawatan berpantangnya itu.

Pasangan itu bernikah pada 24 September 2011 di kampung halaman Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor

Sebelum ini, Norman pernah mendirikan rumah tangga dengan Abby pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3. Mereka bercerai pada 18 Disember 2008.

5 Kota Dunia Ini Akan Tenggelam

Ancaman banjir, penurunan tanah (land subsidence) serta naiknya air laut jadi ancaman bebarapa kota besar dunia. Bukan tak mungkin bila dalam 20 hingga 80 tahun ke depan ada kota yang akan lenyap dari peta bumi.

Simak 5 kota dunia yang terancam tenggelam berikut ini.


1. Bangkok

Pada tahun 2100, Bangkok diprediksi akan menjadi Atlantis kedua. Ibukota Thailand tersebut tenggelam disebabkan beberapa faktor, antara lain perubahan iklim karena efek rumah kaca, naiknya permukaan air laut, erosi pantai, dan pergeseran tanah.

Prediksi tersebut dikemukakan oleh kepala Pusat Peringatan Bencana Nasional Thailand Smith Dharmasaroja. Oleh sejumlah pihak, prediksi Smith ditanggapi serius. Sebelumnya dia sudah meramalkan adanya Tsunami di sekitar Samudera Hindia pada tahun 2004.

Selain itu, letak kota yang berada 1,5 meter di bawah permukaan laut menyebabkan Bangkok selalu mengalami banjir setiap tahun.

 

2. Ho Chi Minh City
Salah satu kota di Asia Tenggara yang terancam tenggelam adalah Ho Chi Minh City. Setiap tahun, ketinggian banjir meninggi setinggi 2 sentimeter.

 

3. Shanghai 
Struktur tanah yang semula daerah rawa yang kemudian dipenuhi oleh bangunan pencakar langit, menyebabkan permukaan tanah Shanghai menurun setengah inchi setiap tahunnya.

Kebutuhan akan bangunan pencakar langit tersebut meupakan imbas dari melonjaknya populasi penduduk Shanghai. Pada tahun 2001, penduduk kota yang berada di muara Sungai Yangze ini berjumlah 20 juta orang.

 

4. Mumbai
Pada tahun 2008, Kelompok aktivis Greenpeace memperkirakan, pada tahun 2100, kota Mumbai akan tenggelam oleh air laut. Naiknya air laut hingga 5 meter disebabkan oleh mencairnya es kutub.

Dalam laporan yang berjudul ‘Iklim Migran di Asia Selatan’ Greenpeace mencairnya es kutub disebabkan oleh meningkatnya suhu bumi hingga 4-5 derajat karena pemanasan global.

 

5. Jakarta
Selain letak geografis yang berada di bawah permukaan air laut, kebutuhan akan air tanah yang tinggi ditengarai menjadi salah satu penyebab tenggelamnya daratan Jakarta. Populasi penduduk yang terus meningkat menjadi alasan utama kebutuhan akan air tanah. Dalam kurun waktu 20 tahun ke depan, diperkirakan jumlah penduduk di Ibukota meningkat hingga 40 juta jiwa.

Pakar hidrologi asal Belanda, JanJaap Brinkman menjelaskan, jika proses penyedotan air yang terus-menerus dilakukan tidak segera dihentikan, di akhir abad, Jakarta akan tenggelam.

“Jika ekstraksi (penyedotan) air tanah tidak segera dihentikan, di penghujung abad, Jakarta akan tenggelam dengan kedalaman lima hingga enam meter,” jelasnya seperti dikutip theatlanticcities.com.