Jumat, 18 April 2014

ND Lala Komen Isu Shila Amzah Berseluar Ketat Di China

Shila Amzah dikatakan berpakaian  tidak sesuai sebagai seorang wanita Muslim bertudung.

  

KUALA LUMPUR: Bapa kepada penyanyi Shila Amzah iaitu ND Lala mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas insiden anaknya itu dikatakan berpakaian  tidak sesuai sebagai seorang wanita Muslim dalam sebuah program televisyen di Beijing, China baru-baru ini.

ND Lala berkata, sebagai manusia, anaknya itu tidak terlepas dalam melakukan kesilapan selain berpendapat kejadian itu berlaku secara tidak sengaja.

"Rakaman program itu dibuat pada pukul 1.30 pagi apabila pihak penerbit ingin menambah sebuah lagi lagu untuk dinyanyikan Shila itu dan anak saya bersetuju untuk berbuat demikian.

"Bagaimanapun timbul masalah pakaian kerana baju yang dibawa telah digunakan pada persembahan lain dan jika mahu kembali ke hotel bagi mengambil pakaian, ia memakan masa selama satu jam.

"Jadi kami memilih pakaian disediakan produksi dan seluar yang dipakai Shila bukan 'legging' seperti didakwa cuma warnanya sahaja  tidak sesuai untuk wanita berhijab sepertinya," katanya.

ND Lala ditemui pada sidang media Konsert Cinta oleh Shila Amzah di Menara Kuala Lumpur di sini, Jumaat.


Shila Amzah dan ND Lala


Konsert itu bakal berlangsung  di Shanghai,China pada 16 Ogos depan manakala peminat di Malaysia akan dihiburkan pada 13 September 2014.

Persembahan di Kuala Lumpur akan diadakan di Mega Star Arena di sini pada pukul 8 malam.

ND Lala mengulas mengenai komen negatif yang diterima Shila apabila tampil dengan gaun pendek dengan seluar  ketat dari rona kulit yang kelihatan seolah-olah penyanyi itu mendedahkan auratnya biarpun bertudung.

Dalam pada itu, Shila yang turut hadir ke sidang media itu berkata, dia semakin selesa menetap di Beijing dan ia telah mematangkan pemikirannya selain mampu berdikari dengan baik.

Kata Shila, penguasaan bahasa Mandarin yang dipelajari juga semakin baik dan dia kini lebih yakin untuk bertutur dengan orang lain menggunakan bahasa itu.

"Semua yang berlaku cukup pantas tetapi saya bersyukur kerana dapat belajar pelbagai perkara daripada pengalaman tinggal di luar negara.

"Biarpun bukan mudah untuk mengadaptasi budaya luar serta bahasa mereka tetapi saya kini lebih kuat dan dapat mengharunginya dengan baik," katanya.

Pada sidang media berkenaan yang turut dihadiri oleh wakil media dari akhbar Cina, Shila menjawab soalan mereka dengan fasih dalam bahasa Mandarin.

Sementara itu, bercakap mengenai konsert sulungnya itu, Shila berkata, dia tidak berniat untuk membelakangkan peminatnya di Malaysia apabila mengadakan persembahan di Shanghai terlebih dahulu.

"Ini adalah impian saya yang akhirnya bakal terlaksana. Biarpun akan mengadakan konsert di Shanghai terlebih dahulu namun saya berjanji akan memberikan persembahan paling istimewa buat peminat di Malaysia nanti," katanya.

Tambah Shila, dia juga berbangga apabila kedua-dua konsertnya itu nanti akan menggunakan tenaga sepenuhnya produksi Malaysia di mana Jennifer Thomson dan Helen Yap akan bertindak sebagai penerbit konsert.

Malah katanya, dia juga akan menyampaikan lebih 20 buah termasuk lagu-lagu berbahasa Malaysia, Mandarin dan Inggeris.

Katanya lagi, dia juga akan menampilkan penyanyi bertaraf antarabangsa dalam konsert itu  sebagai tetamu undangan.

"Siapa artis jemputan saya tidak boleh beritahu sekarang dan peminat kena tunggu pada hari persembahan," jelasnya.

Konsert Cinta Shila Amzah diterbitkan oleh Mega Ultimate Sdn Bhd dengan kerjasama Shila Amzah Entertainment Sdn Bhd.

Tiket dijual pada harga RM268, RM138 dan RM88.

Shila akan mengumumkan tarikh penjualan tiket dalam sidang media khas yang akan diadakan pada Mei depan.



Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
qayumazizi@thestar.com.my

Nelydia Senrose Terpaksa Padam Gambar Qi Razali Di Instagram

 Qi Razali akui sedang merancang sesuatu untuk ke fasa baharu hubungan cintanya dengan Nelydia Senrose.


   
KUALA LUMPUR: Pelakon Nelydia Senrose mempunyai sebab dan alasan tertentu membuang gambar-gambar dia bersama kekasihnya pelakon dan pengacara Qi Razali di laman sosial Instagram. 

Nelydia, 20, yang enggan berkongsi punca dia memadam gambar tersebut sebaliknya memberitahu ia adalah bagi menjaga hati banyak pihak. 

“Saya ada alasan saya sendiri kenapa saya membuang gambar-gambar kami di Instagram itu. 

“Apa yang boleh saya katakan ialah tindakan itu untuk menjaga hati banyak pihak dan ia hanya sementara, kalau keadaan sudah reda saya akan muat naik semula gambar kami,” katanya.

Nelydia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannya memadam gambar-gambar dia dan kekasihnya Qi Razali yang dimuat naik di Instagram. 

Perkara tersebut telah menimbulkan persoalan kononnya hubungan percintaannya sudah berakhir selepas dikaitkan dengan kontroversi bercinta dengan pelakon Sharnaaz Ahmad. 

Sementara itu, Nelydia menafikan dakwaan putus cinta itu, sebaliknya dia mengakui masih menjalani hubungan sebagai pasangan kekasih dan mengenali hati budi masing-masing. 

“Keputusan saya padam gambar tiada kena mengena dengan hubungan percintaan saya dengan Qi. Kami masih bersama seperti dahulu dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing,” ujarnya. 

Sementara itu, kekasihnya, Qi yang ditemui pula berkata, mereka belum merancang untuk mendirikan rumah tangga buat sementara waktu bagi memberi keutamaan kepada kerjaya masing-masing. 

Bagaimanapun, dia mengakui ada merancang untuk melangkah ke fasa baharu terhadap hubungan itu dalam masa terdekat. 

“Dia (Nelydia) masih muda dan baru ingin mengasah bakat untuk mencapai satu tahap dalam kerjayanya. 

“Saya tidak cakap bila berkahwin akan menyekat rezeki kami, tetapi ia sedikit sebanyak akan menganggu fokus dia kepada kerjayanya kerana beri tumpuan pada keluarga. 

“Namun saya ada merancang sesuatu yang rasmi tidak lama lagi,” katanya.



Oleh: KEMALIA OTHMAN
kamelia@thestar.com.my

Rita Rudaini Belum Terfikir Cari Pengganti

Rita Rudaini Mokhtar pasrah dengan ketentuan takdirnya.


Tiada wanita yang inginkan rumah tangga dibinanya kecundang di tengah jalan. Begitu juga dengan pelakon jelita Rita Rudaini Mokhtar, 38. Namun, sebagai manusia biasa Rita pasrah dengan ketentuan takdirnya.

Selepas bercerai dengan Aidil Zafuan Abd Radzak, 27, pada 5 September lalu, keutamaan Rita Rudaini kini adalah mendapatkan tuntutan nafkah bagi dua cahaya matanya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3, hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya itu.

Rita kini masih dalam proses tuntutan nafkah dua anak­nya daripada Aidil Zafuan yang juga bintang bola sepak Johor Darul Takzim (JDT).Rita yang ditemui baru-baru ini tenang berkongsi kisah hidupnya.

Tanpa berselindung, Rita berkata, tuntutan nafkah yang dibuat itu adalah hak anak-anaknya. Selagi termampu, dia akan melakukan apa saja bagi memastikan hak anak-anaknya terjamin dan bekas suami bertanggungjawab.

“Sebagai ibu tunggal kepada dua anak, tuntutan nafkah ini penting untuk saya. Apatah lagi, kos sara hidup di kota besar seperti Kuala Lumpur ini agak tinggi. Jadi, wajar tuntutan nafkah ini dibuat untuk anak-anak.

“Ditambah, sekarang pun anak-anak dalam proses membesar. Semestinya, mereka akan ke sekolah dan kini yuran pendidikan pun bukan murah. Begitu juga dengan kos rawatan kesihatan mereka sekiranya sakit.

“Jadi, tuntutan nafkah ini bagi menjamin keperluan anak saya terutama perbelanjaan keperluan mereka. Sebagai ibu, kebajikan mereka sudah pasti menjadi keutamaan saya,” katanya.

Belum terfikir cari pengganti

Mengulas mengenai dirinya untuk mencari ‘pengganti’, Rita berkata, sekarang semua keutamaan lebih menjurus pada anak.

Katanya, buat masa ini hatinya masih tertutup untuk bercinta.

“Segala yang saya lalui ini sangat berat. Jadi, selain karier fokus saya hanya pada anak. Mereka adalah harta yang paling berharga dalam hidup saya dan tiada galang gantinya. Saya gembira bersama mereka.

“Bukanlah serik untuk berumah tangga lagi, tetapi ketika ini anak-anak sudah cukup untuk menjadi penguat semangat kepada saya meneruskan hidup. Saya belum
terfikir untuk berkahwin lagi,” katanya.

Sudah mampu melupakan episod duka hidupnya, Rita berkata, dia juga takkan memutuskan hubungan Aidil dengan anak-anaknya.

Katanya, dia tidak mahu pe­ngalaman dilaluinya turut dialami dua cahaya mata tercinta.

Menurut Rita, cukuplah dia yang tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah kerana dibesarkan dalam keluarga yang terpisah, namun demi anak-anaknya dia akan pastikan mereka kenal dan sayang pada Aidil.

Oleh Norhayati Nordin

Kamis, 17 April 2014

Panas!! Rumah Tangga Adam AF2 dan Fiza Elite Goyang?

Adam AF2 dan Fiza Elite mendirikan rumah tangga pada 26 Sepetember 2013.
 


PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Adam (AF2) memohon diberi sedikit masa untuk dia mengumumkan kedudukan status rumah dengan bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza yang didakwa goyah.

Adam atau nama sebenar Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata, dia enggan mengulas panjang tentang dakwaan keretakan rumah tangganya dan berharap peminat mendoakan yang terbaik.|

“Saya tidak mahu komen panjang tentang perkara ini, doakan sahaja yang terbaik untuk rumah tangga kami.

Apa-apa berita tentang rumah tangga kami, Insya-Allah saya akan beritahu kelak,” katanya kepada mStar Online, ketika ditemui pada majlis pelancaran dan pra tonton filem Bahaya Cinta, di TGV One Utama, di sini, Rabu.

Adam berkata demikian ketika diminta mengulas tentang rumah tangga yang dibina pada 26 September 2013 dikatakan sedang mengalami masalah.

Tambah Adam mengulas tentang gossip tersebut,  dia akui sebagai selebriti segala berita baik dan buruk  akan dapat dihidu oleh pihak media dan masyarakat.

“Apa yang saya boleh cakap kami baik-baik sahaja dan tidak bergaduh, kami cuma sibuk dengan kerja masing-masing. Saya anggap ia sebagai satu ujian,” katanya.

Sementara itu, Adam turut menafikan dakwaan melarikan diri daripada media bagi mengelak ditanya isu tersebut dalam sebuah majlis baru-baru ini.

Dia terpaksa pulang awal dan membatalkan beberapa sesi fotografi kerana mempunyai masalah peribadi yang terpaksa diselesaikan.

“Saya balik awal pada majlis berkenaan minggu lalu sebab ada hal peribadi, manakala saya terpaksa membatalkan sebuah sesi fotografi kerana mahu pulang ke Sabah berikutan ada perkara peribadi yang perlu diuruskan,” katanya.

Dalam pada itu, Adam melakonkan watak Iskandar dalam filem Bahaya Cinta yang merupakan filem kerjasama dengan penerbit dari negara Vietnam. Ia bakal ditayangkan pada 1 Mei Depan.


Oleh: KEMALIA OTHMAN
kamelia@thestar.com.my

Hubungan Afiq Muiz & Ibunya Kembali Jernih

Afiq memberitahu hubungan dengan ibunya Hasliza Mohd kembali jernih. 

   

KUALA LUMPUR: Pelakon Afiq Muiz memberitahu hubungan dia dengan ibunya, Hasliza Mohd kembali jernih selepas insiden pergaduhan anak-beranak apabila Hasliza  mendakwa aktor itu berubah sikap dan melabelkannya sebagai anak durhaka.

Afiq, 21, berkata, dia insaf dan menyesal atas semua perbuatannya sebelum ini dan telah memohon ampun kepada ibunya selain kembali sedar wanita berkenaan banyak berkorban demi membesarkannya selama ini.

"Saya mengaku semua kesalahan saya sebelum ini terhadap ibu dan syukurlah hubungan kami kembali pulih. Saya telah memohon ampun kepadanya dan ibu memaafkan saya. Ibu menerima saya kembali.

"Alhamdulillah segala-galanya telah pun selesai dan saya berjanji tidak akan mengulangi semua kesilapan yang dilakukan sebelum ini," katanya.

Afiq ditemui pada majlis pelancaran wajah baharu mStar Online yang diadakan di Alexis The Gardens, Mid Valley, Bangsar di sini pada Khamis.



Afiq tidak mahu mengulangi kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini. 

Dalam pada itu, Afiq berkata, dia kini kembali menetap bersama ibunya sejak Januari lalu dan mengakui kontroversi melandanya adalah satu pengajaran yang mematangkannya sebagai seorang lelaki.

Namun Afiq tidak menafikan kejadian itu telah menyebabkan dia dipandang serong oleh sesetengah pihak dan mereka sering menyindirnya dengan perkataan 'anak durhaka'.

"Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku kerana ia adalah pengajaran paling besar dalam hidup dan ia sekali gus mematangkan saya sebagai seorang lelaki.

"Sindiran sesetengah pihak tidak melemahkan semangat saya sebaliknya ia menyedarkan saya siapa sebenar kawan dan lawan selama ini," jelasnya.

Sementara itu, Afiq berkata, dia berhasrat untuk mengerjakan ibadah Umrah bersama ibunya pada Januari depan dan dia kini sedang mengumpul wang untuk tujuan tersebut.

Tambah Afiq lagi, bersempena Hari Ibu pada Mei ini, dia juga bercadang untuk meraikan wanita itu dengan menghabiskan masa bersama-sama.

"Ibu adalah girlfriend  saya sekarang dan saya akan cuba membahagiakan dia. Saya juga ingin melupakan semua kisah lalu yang pernah berlaku diantara kami," ujarnya.

Pelakon berusia 21 tahun itu sempat meluangkan masa pada majlis pelancaran wajah baharu mStar Online.

Ditanya mengenai hubungannya dengan aktres Eina Azman, Afiq berkata; "Jangan kaitkan nama saya dengan dia lagi".

Dalam perkembangan lain, Afiq  bersyukur disebalik kontroversi yang pernah melanda, rezekinya dalam bidang lakonan masih tidak putus.

Jelas Afiq, jadualnya padat dengan pelbagai  penggambaran selain akan ke New Zealand untuk penggambaran sebuah drama di negara itu.

"Alhamdulillah masih banyak produksi percayakan bakat lakonan saya dan saya juga tidak memilih tawaran diberikan asalkan ia sesuai dengan saya," katanya yang bakal muncul dengan drama seperti Gerimis Salju Demi Ana dan Dingin Sahara.

Malah kata Afiq, kontraknya sebagai artis residen syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd yang tersekat sebelum ini telah disambung dan dia akan terlibat  dengan beberapa projek bermula Jun ini.

Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
qayumazizi@thestar.com.my

Tiada Bukti Nur Fazura Bercium Di KLIA

Fazura hanya fokus kepada kerjaya, bisnes dan enggan melayan sebarang kontroversi.

   

PETALING JAYA: Pelakon Nur Fazura enggan memberi sebarang komen terhadap kontroversi kononnya dia telah melakukan aksi kurang manis ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 31, berkata, dia baharu sahaja mengetahui tentang tuduhan tersebut dan tiada bukti bagi mengaitkannya jika dia melakukan perbuatan sedemikian.

"Saya tidak mahu komen tentang gosip ini, aksi bercium yang bagaimana mereka maksudkan itu pun saya tidak tahu.

"Saya baharu sahaja dengar tentang berita ini dan tidak pasti tentangnya," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Wajah Baharu mStar Online, di Alexis, Gardens, di sini, Khamis.

Fazura berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal tentang khabar angin yang mendakwa dia melakukan aksi kurang sopan di hadapan khalayak sewaktu berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah Fazura, dia tidak tahu apa niat sebenar mereka yang menyebarkan berita tersebut tanpa sebarang bukti yang kukuh.

Bagaimanapun, katanya, khabar angin itu tidak menjejaskan imej dan nama baiknya sebagai seorang artis.

"Saya tidak tahu apa niat orang yang menyebarkan berita itu, anda perlu bertanya dia apa yang dia lihat sebenarnya.

"Saya yakin Allah lebih mengetahui apa yang berlaku," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fazura bakal keluar dengan filem Mana Cinta dan sibuk dengan Butik House of Doll.

Dia juga baharu sahaja pulang daripada percutian di Amsterdam, Paris dan London.

Oleh: KEMALIA OTHMAN
kamelia@thestar.com.my

Wardina Tiada Niat Untuk Aibkan Ustaz Don




   Wardina menegaskan dia hanya inginkan penjelasan terhadap kebenaran ceramah yang dilakukan oleh Ustaz Don.

 

PETALING JAYA: Pengacara dan pelakon Wardina Safiyyah tidak pernah berniat untuk mengaibkan Ustaz Don dengan berkongsi video ceramah agama yang dikatakan mengandungi hadis-hadis palsu disampaikan penceramah selebriti itu.




Inilah komen Wardina Safiyyah di Facebook yang telah menimbulkan kontroversi.
 


Wardina berkata, dia hanya mewakili pihak yang musykil bagi mencari kebenaran terhadap beberapa perkara yang disampaikan oleh ustaz itu dalam ceramah umum tersebut.

"Saya bukan ingin menasihati dan tiada niat langsung untuk membuka aib Ustaz Don dengan berkongsi video tersebut tetapi saya ingin mencari kebenaran sahaja.

"Memang ada kata-kata ustaz dalam video tersebut yang membuat ramai orang musykil termasuk saya. Saya rasa ustaz perlu membantu kami orang awam yang tidak faham daripada mana sumber tersebut didapati," katanya kepada mStar Online, menerusi mesej aplikasi WhatsApp di sini, pada Rabu.




Kenyataan Wardina turut mendapat reaksi negatif yang menganggap dia cuba membuka aib Ustaz Don.

 

Wardina berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataannya yang menimbulkan kontroversi apabila dia mempersoalkan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal sehingga mendapat banyak reaksi termasuk ada pihak menganggapnya cuba mengaibkan personaliti tersebut secara umum.

Terdahulu pihak TV AlHijrah dalam mStar Online pada Rabu turut mengambil pendekatan untuk meneliti kandungan video ceramah personaliti berkenaan yang tersebar sebelum sebarang tindakan diambil.

Ustaz Don merupakan hos rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don  siaran TV AlHijrah yang disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 9.30 malam.

Tambah Wardina, tindakannya menegur secara umum bukan bertujuan melakukan serangan peribadi, sebaliknya sekadar mahukan mendapatkan kepastian dan jawapan.



 Ustaz Don


"Saya minta maaf jika ada yang tidak suka cara saya membuat teguran ini secara terbuka. Saya berbuat demikian kerana ceramah itu juga dilakukan secara umum, saya jujur dengan niat ingin bertanya.

"Kata-kata saya di Facebook itu tidak sedikit pun  mengecam, mengutuk atau memperkecilkan Ustaz Don kerana ilmu dia lebih tinggi daripada saya," katanya.

Bagaimanapun, Wardina akan bertemu dengan pendakwah terbabit bagi membincangkan kemusykilan berkenaan selain mahu bertukar pendapat tentang agama.

Dalam status yang dimuat naik pada malam Selasa lalu Wardina turut berkongsi video ceramah Ustaz Don bertajuk Kompilasi Hadis Palsu dan Penyelewengan Ustaz Don.

Dia turut meminta pihak ulama dan mufti  mengkaji semula kandungan ceramah yang disampaikan melalui video tersebut.

Ustaz Don ketika ini berada di United Kingdom untuk menjayakan sebuah rakaman berkaitan keislaman.


Oleh: KEMALIA OTHMAN
kamelia@thestar.com.my

Rabu, 16 April 2014

Pelakon Sinetron Terkenal Indonesia, Shasya Yunisha Meninggal Dunia

Shasya Yunisha



Pelakon sinetron Indonesia, Shasya Yunisha disahkan telah meninggal dunia 7.30 pagi semalam.

Pelakon Sinetron, Shasya Yunisha Meninggal Dunia

Khabar ini dimaklumkan kepada umum oleh syarikat pengurusannya menerusi Twitter berbunyi:


“Innalillahiwainnailaihirojiun. Telah meninggal dunia sahabat kami Shasya Yunisha. Mohon doanya.”

Demam denggi berdarah dipercayai punca kematian pelakon yang pernah membintangi sinetron Rama & Ramona, Kesetiaan Cinta dan Kasih & Amara ini.

Shasya meninggalkan suami yang juga pelakon sinetron, Ferdi Ali atau Ferdinal Arnaz dan bayi perempuannya yang masih kecil bernama Fesya.



Ferdi Ali tidak dapat menahan sebak ketika menatap jenazah isterinya buat kali terakhir.


Pemergian Syasha yang tidak disangka-sangka mengejutkan rakan-rakan dan peminat hingga akaun Twitter dibanjiri ucapan takziah yang antaranya berbunyi:

Fatharani Uyuun J @Uyundie: Rip sasha yunisya (gak tau sih orang’a yg mana?) Gue tau’a laki’a doang si Ferdi Ali (sering liat dia…

Triadesap @adeciput: Innalilahi wa innailahirojiun” @pacipucino: Innalillahi wa innailahirojiun. RIP Yunisha Shasa istri dari tetangga saya Ferdi Ali @FerdiShasya

Dida A. Sutrisno @didot_ipey: ya ampun istri nya ferdi ali meninggal

Santika @santika_89_: Innalillahiwainnailaihiroji’un “ @Swara_Andhika: Telah berpulang ke Rahmatullah teman, rekan, sahabat kita Shasya Yunisha, istri dr Ferdi Ali

Bagaimanapun, insan paling terkesan sudah tentulah suami allahyarham, Ferdi yang kelihatan tidak dapat menahan sebak ketika menatap jenazah isterinya buat kali terakhir.

Al-Fatihah. 

 

Oleh: REM RAMZI
Sumber: Kaskus

Zahida Rafik Gagal Ketepikan Saman Bekas Pemandu Peribadinya




KUALA LUMPUR: Pelakon Zahida Rafik hari ini gagal mengetepikan saman yang difailkan bekas pemandu peribadinya berhubung tuduhan memfitnah dalam sebuah akhbar tabloid berkaitan kehilangan wang RM200,000.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menolak permohonan Zahida untuk mengetepikan saman yang difailkan Noor Azman Azemi serta memerintahkan Zahida membayar kos RM3,500 kepada lelaki itu.

Hue membuat keputusan itu di dalam kamarnya di hadapan peguam Latheefa Koya yang mewakili Noor Azman dan Jeffrey John yang mewakili Zahida.


Noor Azman Azemi (kiri) bersama peguam Latheefa Koya.


Latheefa memberitahu pemberita bahawa Hue menolak permohonan itu atas alasan saman berkenaan bukan suatu kes yang patut ditolak dan mahkamah menetapkan 20 dan 21 Okt untuk perbicaraan.

Beliau berkata mahkamah juga menolak permohonan defendan untuk mendapatkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu keputusan rayuan.

Pada 27 Nov tahun lepas, Noor Azman memfailkan saman yang mendakwa pelakon terbabit, yang berlakon dalam filem 'Anak Mami The Movie', secara salah dan berniat jahat membuat kenyataan berunsur memfitnah dalam sebuah artikel yang disiarkan akhbar berkenaan pada 3 Mac tahun lepas.

Noor Azman mendakwa Zahida menuduhnya melesapkan wang itu, yang sepatutnya dimasukkannya ke dalam akaun bank pelakon tersebut.

Menurut Noor Azman, kenyataan itu menggambarkannya sebagai seorang yang tidak amanah, pencuri dan penjenayah serta mencemar nama baiknya dan merosakkan peluangnya untuk mendapat pekerjaan.

Menurut Noor Azman dia direman polis selama empat hari selepas Zahida, 39, membuat laporan polis terhadapnya berhubung kehilangan wang itu.

Plaintif menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan serta kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah. - Bernama

Selasa, 15 April 2014

13 Peserta Kilauan Emas Musim Ke 4 Bakal Berentap

Inilah 13 peserta Kilauan Emas musim keempat.


KUALA LUMPUR: Seramai 13 peserta bakal berentap dalam program realiti Kilauan Emas musim keempat yang bakal berlangsung  di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini pada setiap Rabu bermula 23 April ini.

Ia akan disiarkan secara langsung menerusi saluran di Astro Prima (105).

Pengurus Saluran Astro Prima, Namanzee Harris berkata, peserta kali ini lebih bersedia dan memahami konsep program tersebut  selepas tiga musim bersiaran.

"Apa yang saya lihat kesemua peserta kali ini memang sudah bersedia daripada segi persembahan dan kebanyakan mereka yang datang uji bakat sudah tahu apa yang kami mahukan.

"Peserta yang terpilih ini mempunyai kekuatan dan personaliti berbeza yang mana saya yakin dapat memberi persaingan dan mewarnai pertandingan ini," katanya pada sidang media mengumumkan barisan peserta itu di Saloma Bistro, di sini, Selasa.



Barisan peserta dan tenaga pengajar rancangan Kilauan Emas musim keempat yang bakal disiarkan pada 23 Apri ini.

 
Dalam pada itu, tiga orang juri tetap dipertanggungjawabkan menilai persembahan para peserta mengikut kriteria yang ditetapkan.

Juri yang dipilih ialah pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS, penyanyi tersohor Ziana Zain dan seorang juri undangan yang akan bertukar ganti setiap minggu.

Sementara itu individu lain yang turut terlibat ialah Datuk Adnan Abu Hassan yang bertindak sebagai guru nyanyian, Siti Hajar (guru vokal), Shah (Slam - Guru muzik) dan Ahmad Kassan (Guru Tarian).

Program ini masih mengekalkan format yang sama iaitu pemarkahan dinilai sebanyak 70 peratus daripada juri tetap, manakala 30 peratus melalui undian penonton menerusi Sistem Khidmat Pesanan Ringkas ( SMS).

Juara Kilauan Emas bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry berserta sebuah trofi.

Manakala pemenang tempat kedua bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 dan sebuah kereta Nissan X Gear serta sebuah trofi.

Sementara tempat ketiga bakal membawa pulang wang tunai RM20,000 dan trofi.

Program ini masih mengekalkan pengacara musim sebelum ini iaitu penyampai radio Sinar FM, Raja Azura.

Oleh: KEMALIA OTHMAN

kamelia@thestar.com.my


Senin, 14 April 2014

Erra Fazira Terkejut Engku Emran Mahu Rujuk Semula

 Erra Fazira terkejut dengan tindakan bekas suami membayangkan mahu rujuk semula.

 

PETALING JAYA: Pelakon Erra Fazira meminta mana-mana pihak tidak memperbesarkan  isu apabila  bekas suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin meluahkan kata-kata seolah-oleh mahu merujuk semula hubungan mereka selepas disahkan bercerai pada 18 Februari lalu.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, berkata, dia terkejut dengan tindakan Emran dan berharap bekas suaminya itu menghormati privasinya.

"Tolong hormati privasi saya. Tiada ada ibu-bapa yang tidak mahu membahagiakan anak.

“Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya," katanya kepada mStar Online menerusi mesej aplikasi WhatsApp yang dikirimkan di sini pada malam Ahad.


Tulisan #prayformomandayah pada baju yang dipakai Engku Aleesya dimuat naik di Instagram Emran pada Sabtu.


Pada Sabtu, Emran, 39,  menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik gambar anak mereka Engku Aleesya, 5, yang memakai baju T dengan tulisan #prayformomandayah.

Dalam kapsyen foto tersebut, Emran telah meluahkan hasratnya ingin memenangi hati Erra semula dan mengaku masih mempunyai perasaan cinta terhadap bekas isterinya itu.

Dalam pada itu Emran turut mengimbas semula kenangan ketika perkenalannya dengan Erra.

Kenyataan Emran membuatkan peminat memberi reaksi positif dengan meletakkan hashtag #prayformomandayah sebagai  tanda mendoakan agar hubungan kedua-dua pasangan itu terjalin semula.

Pemerhatian mStar Online pada Instagram milik Engku Emran menerusi akuan iamkumbre  sehingga pukul 1.45 petang Isnin mendapati seramai 6,433 orang memberi tanda ‘like’ pada status yang memaparkan gambar anaknya Engku Eleesya, 5, memakai baju T tertulis #prayformomandayah.

Selain itu terdapat kira-kira 1,244 pengikut laman sosial itu memberi komen masing-masing.

Dengan menggunakan hastag #prayformomandayah pengikut laman sosial berkenaan   menulis komen-komen positif dan menyokong tindakan yang dilakukan Engku Emran itu sebagai usaha untuk kebaikan keluarga mereka.


Mungkinkah ada sinar untuk Erra Fazira dan Emran kembali bersama?

Sementara itu, beritahu Erra, walaupun seluruh masyarakat mendoakan agar mereka dapat disatukan, namun hanya dia yang tahu apa yang terjadi di antaranya dengan Emran.

"Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui. Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui.

"Tolonglah hormati privasi saya dan doakan saja yang terbaik," ujarnya.

Emran dan Erra telah bercerai pada 18 Februari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, dekat sini dengan talak satu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007.


Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
 feride@thestar.com.my

Minggu, 13 April 2014

Panas!! Engku Emran Cuba Memenangi Semula Hati Erra Fazira ??

Gambar Erra Fazira dan Engku Emran disaat bahagia.



Adakah benih-benih cinta masih lagi bersisa di antara pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira dan bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin?

Ini kerana jikalau anda merupakan pengikut setia laman Instagram Engku Emran, anda akan dapat melihat bait-bait kata romantis lelaki tersebut yang dilihat cuba memenangi semula hati bekas isterinya.

Terdahulu, Erra dan Emran telah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 18 Februari lalu.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia lima tahun, Engku Aleesya.

Malah, Emran juga telah membuat tempahan khas tshirt Aleesya yang bertulis ‘#prayformomanddad (berdoa untuk mak dan ayah).


Engku Aleesya
 


Status dari Instagram Engku Emran


Adakah benar seperti yang diwar-warkan Emran menerusi laman sosialnya itu?

Kalau benar masih panjang jodoh di antara mereka, kita doakan sahaja yang terbaik buat pasangan ini demi kebahagiaan anak tunggal mereka yang semakin hari semakin membesar cantik persis ibunya.

Oleh: AUDREY LEE

Sabtu, 12 April 2014

Scha Alyahya Alami Alahan Mendengar Bunyi Telefon

AWAL dan Scha membilang hari untuk menimang cahaya mata.



Telefon bimbitnya sudah lama dibiarkan dalam keadaan senyap. Lebih jelas lagi, ia berlaku sejak enam bulan lalu sehinggalah pada kala pertemuan dengannya, Rabu lalu.

Alahan mendengar bunyi telefon. Itulah penjelasan wanita cantik ini sekalipun sedang berbadan dua.

Ada apa dengan bunyi telefon?

Pelakon, pengacara dan model terkenal Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 31, atau Scha Alyahya berkongsi pengalaman aneh itu dengan RAP.



KEMBALI laris sebagai duta produk kecantikan.


“Kandungan saya baru masuk enam bulan atau mengikut kiraan yang tepat 24 minggu. Sewaktu tiga bulan pertama mengandung, alahan yang saya alami memang teruk sehinggakan hilang empat kilogram (kg).


“Saya terpaksa dimasukkan ‘drip’ di hospital selain tidak boleh bekerja langsung, tak nak jumpa orang bahkan telefon bimbit saya juga dibiarkan ‘silent mode’. Sampai sekarang ia masih dalam mode ‘senyap’.

Oleh Norhadiani Baharom

Jumat, 11 April 2014

Kerana 'Tudung Fareeda', Isteri Fizo Omar Terima Tohmahan Dan Hinaan

Fizo Omar anggap komen negatif terhadap isterinya Mawar kerana iri hati dengan perniagaan tudung Fareeda.
   
PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar kecewa dengan tohmahan dan hinaan yang dilemparkan segelintir individu terhadap isterinya, Mawar Abdul Karim, 25, gara-gara tidak berpuas hati dengan rekaan tudung Fareeda.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, sebagai suami dan Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Global Resources, dia berhak untuk bersuara bagi menjelaskan tuduhan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti isterinya serta perniagaan mereka.

"Aurat itu subjektif, selagi dia menutup kepala, tidak berpakaian seksi dan menjolok mata ia sudah cukup baik bagi saya, dalam Islam sebenar tangan pun tidak boleh terdedah.

"Isteri saya menjual tudung... bukan menjual skirt pendek, kenapa perlu hina dia sampai begitu sedangkan kerana perniagaan tudungnya itu, ramai wanita yang sudah berhijrah untuk bertudung," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Fizo berkata demikian ketika diminta mengulas tohmahan segelintir pihak yang menganggap pernghasilan tudung jenama Fareeda tidak mengikut cara-cara tudung yang dituntut dalam Islam.

Mawar merupakan pemilik jenama tudung itu yang diusahakannya bersama keluarga.


 Antara koleksi tudung Fareeda yang sentiasa laris di pasaran.


Tambah Fizo, agak menyedihkan pihak-pihak berkenaan turut mengecam Mawar di semua laman sosial setiap kali dia memuat naik gambar mereka bersama.

"Saya tidak boleh tahan marah bila gambar yang saya muat naik bersama Mawar dikomen dengan pelbagai ayat berunsur negatif.

"Sehingga ada mengatakan saya menanggung dosa kerana Mawar bertudung begitu, saya tidak faham kenapa ramai yang tidak berpuas hati dengannya," soal Fizo.

Jelas Fizo, jenis tudung yang dipakai oleh Mawar merupakan salah satu daripada lebih 20 jenis rekaan tudung yang dijual di butik Fareeda.

"Kalau mereka kata tudung itu terlalu singkat mereka boleh beli jenis yang lain, di Fareeda kita jual pelbagai jenis tudung mengikut saiz yang bersesuaian dengan mereka.

"Cuma permintaan tinggi terhadap tudung yang dipakai oleh isteri saya, jadi sebab itu ia lebih komersil berbanding tudung-tudung yang labuh," katanya.

Bagaimanapun, jelas Fizo, isterinya tidak pernah mengambil peduli dengan sebarang tohmahan di laman-laman sosial.

Katanya, Mawar lebih banyak menumpukan perhatian terhadap perniagaan berbanding mengambil tahu komen negatif yang tidak mendatangkan keuntungan.

"Dia tidak ada Facebook, Twitter dan Instagram. Yang ada sekarang semua saya. Yang jaga (akaun laman sosial) itu juga saya kerana dia tidak ada masa.

"Saya sangat kagum dengan usaha gigih isteri saya kerana dia berjaya menjadikan jenama Fareeda sehingga terkenal di Malaysia," katanya.

Dalam pada itu Fizo  juga tidak menolak kebanyakan individu memberi komen negatif kerana berasa cemburu dengan kejayaan mereka dalam perniagaan yang semakin berkembang itu.

Oleh: KEMALIA OTHMAN
kamelia@thestar.com.my

Meletop!! Sandal Keemasan Rozita Che Wan

Rozita tetap menjaga penampilan biarpun sedang hamil tiga bulan.

  

WOW... kami berjaya teropong sandal yang dipakai oleh jelitawan Rozita Che Wan. Warna keemasannya cukup menarik. Kalau nak tahu... ia sandal hadiah hantaran perkahwinannya yang lalu. Meletop!

Tak berkelip mata penulis melihat imej pelakon Rozita, 41,  yang tetap bergaya sakan ketika hadir ke sidang media tergempar yang diadakannya di Amp Walk Ampang, Kuala Lumpur pada 4 April lalu.

Biarpun sedang hamil tiga bulan, Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Cik Ta tampil menawan menyerlahkan seri ibu wanita mengandung pada petang itu.

Bersinar-sinar mata penulis apabila terpandang sandal Cik Ta yang bercahaya bak kilaian emas dari jenama terkenal Gueseppe Zanoti. Katanya ia adalah hadiah hantaran daripada suaminya, Zain Saidin pada perkahwinan mereka penghujung tahun lalu.



 Rozita memadankan baju rekaan Kudin dengan sandal Gueseppe Zanoti pada petang itu.


"Sandal ini adalah kegemaran saya kerana ia selesa dan memudahkan saya bergerak sejak hamil. Paling penting ia adalah hadiah daripada suami semasa perkahwinan kami dulu," katanya yang dijangka bersalin pada pertengahan Oktober depan.

Dedah Cik Ta lagi, dia hanya akan memakai sandal sekiranya tidak bersama Zain. Tetapi apabila keluar bersama suami, dia akan memastikan dapat menggayakan kasut bertumit tinggi.

"Kalau keluar dengan suami mesti kena pakai heels sebab Zain tinggi dan baru nampak sepadan...Hahaha," katanya.



Sandal berkenaan adalah hadiah daripada suaminya, Zain Saidin semasa perkahwinan mereka penghujung tahun lalu. 

Tambah Cik Ta lagi, gaun bewarna hitam yang digayakannya ini adalah daripada rekaan pereka fesyen Kudin dan  ia baharu sahaja siap untuk dipakai pada sidang media itu.
"Baju yang dibuat oleh Kudin ini simple sahaja kerana ia tiada potongan mengikut badan memandangkan saya sedang hamil tetapi ia sangat selesa," ujarnya.

Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
qayumazizi@thestar.com.my

Rabu, 09 April 2014

Ashraf Muslim Ucapkan Terima Kasih Kepada Kedua-Dua Isterinya


Betapa bahagianya Ashraf yang ditemani kedua-dua isterinya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan bayi perempuan sempurna dengan seberat 2.51 Kilogram itu.
 

“TERIMA kasih Sakinah, terima kasih Dayana dan yang paling penting terima kasih Allah kerana mendengar doa-doaku selama ini,” begitulah luahan Ashraf Muslim menerusi laman Instagram yang turut memuat naik foto kelahiran bayi pertamanya.

Menerusi gambar yang dimuat naik itu, membayangkan betapa bahagianya Ashraf,  sementelah isteri pertamanya Dayana turut hadir melawat anak pertama mereka. Malah Sakinah, yang baru sahaja melahirkan bayi itu pada Ahad malam lalu, turut berada sama di sisi mereka.



Luahan kegembiraan Ashraf Muslim menerusi laman Instagram. 


Melihat kemesraan itu, jelas menunjukkan mereka kini semakin bahagia hidup berpoligami.

Teruja dengan kehadiran 'orang baru' dalam kehidupan mereka, Ashraf turut memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan bayi perempuan sempurna dengan seberat 2.51 Kilogram itu.

Malah akui Ashraf, kehadiran bayi itu melengkapkan lagi serta merapatkan lagi silaturahim antara mereka sekeluarga.

Bagi Ashraf, ia merupakan saat  dan momen indah buat mereka sekeluarga dan mengharapkan semua peminat dan masyarakat mendoakan kesihatan bagi anaknya yang baru lahir.

Sebelum ini kisah poligami mereka pernah menjadi perhatian masyarakat apabila Ashraf bertindak mengahwini Sakinah di Thailand. Bagaimanapun, kini Ashraf berjaya membuktikan mereka mampu bahagia meskipun harus berbahagi kasih.


OLEH WAN NASRAH ABDUL RAHIM

Ditangkap Khalwat Pakai 'Boxer', Cinta Tunang Shahrizal Jaslze Tetap Teguh

"You're my everything @redzwaniputeri..." kata Shahrizal kepada tunangnya dalam kapsyen menerusi Instagram miliknya pada 4 September 2013. 
 
PETALING JAYA:  Cinta Redzwani Puteri terhadap tunangnya Shahrizal Jaszle tidak pernah goyang walaupun pelakon itu ditemui  hanya memakai  ‘boxer’ bersama seorang wanita semasa serbuan penguat kuasa agama Islam di sebuah apartmen pada 16 Mei 2013.

Redzwani, 26,  tetap mempercayai Shahrizal Jaszle atau sebelum ini dikenali sebagai Shahz Jaszle berada pada pihak yang benar apabila mendengar penjelasan pelakon itu selepas kejadian berkenaan berlaku.

"Tidak ada apa-apa yang perlu saya cakap. Saya percayakannya dan terserah kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada dia berada di pihak yang benar atau salah.

"Sehingga kini, kami masih lagi berpasangan. Lagipun kami masing-masing sibuk, tidak sempat untuk bercakap mengenai perkara ini," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Redzwani diminta mengulas dakwaan Pegawai Penguat Kuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Mohd Radzi Saliman yang melihat pelakon itu  hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam) di dalam bilik ketika serbuan dilakukan sekumpulan pegawai Jais di sebuah apartmen di Taman Sri Subang dekat sini pada 16 Mei 2013.



Shahrizal Jaszle mengharungi kes khalwatnya dengan tenang. 

Mohd Radzi merupakan saksi pertama dalam kes perbicaraan melibatkan Sharizal, 26, dengan seorang pegawai bank, Farah Nurizzati Salleh, 22, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini yang berlangsung pada Selasa lalu.

Pelakon itu didakwa mengikut Seksyen 29 (a)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

Mohd Radzi dalam keterangannya mendakwa Shahrizal turut mengaku wanita yang bersamanya dalam sebuah bilik ketika diserbu itu adalah teman wanitanya selepas disoal sama ada mereka mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri.

Pada sebutan kes pada 13 November tahun lalu padangan khalwat Shahrizal iaitu Farah Nurizzati telah mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut memerintahkan Shahrizal membayar wang jaminan sebanyak RM1,500 selepas pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat yang dikenakan.

Sementara itu, Redzwani berkata, dia juga tidak akan terkejut dengan sebarang cerita yang bakal didedahkan dalam mahkamah sepanjang perbicaraan kes berkenaan berlangsung.

"Sebelum dia (Shahrizal) dibicarakan, dia sudah menjelaskan segala-galanya kepada saya. Dan seperti yang saya katakan tadi, saya terima apa saja keputusan.

"Lagipun perkara ini sudah pun lepas. Apa yang saya boleh cakap, tiada manusia yang dapat lari daripada kesilapan," ujarnya.

Terdahulu insiden tangkap khalwat  itu juga menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu.

Hakim Syarie,  Abd. Halim Abu Samah yang mendengar kes itu menetapkan 10 Jun depan bagi menyambung semula perbicaraan.

Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
feride@thestar.com.my

Zizan Razak Akui Sedang Serius Bercinta Dengan Emma Maembong






 
“Ya, memang benar kami sedang bercinta. Sebab itulah saya berani bertemu dengan ayah Emma sebagai bukti kesungguhan dan niat ikhlas saya untuk menjalin hubungan lebih serius dengan Emma. Saya sayang Emma dan berniat baik terhadapnya,” kata bintang paling popular Zizan Razak, 29, dalam mengesahkan percintaannya dengan aktres jelita, Emma Maembong, 22.

Dalam pengakuan eksklusif kepada RAP, kelmarin, Zizan berkata, hasratnya untuk bercinta dengan Emma bukanlah perkara main-main malah mahukan hubungan mereka direstui keluarga kedua-dua belah pihak.

“Sebagai orang Melayu dan beragama Islam, sewajarnya saya berjumpa dengan ayah gadis yang saya cintai untuk menunjukkan niat hati saya yang sebenar. Saya gembira kerana ayah Emma (pelukis handalan, Ismail Maembong, 67) menerima saya seadanya walaupun saya sebenarnya gementar.

“Apa yang melegakan, saya cuba mengambil langkah bertemu dan berkenalan dengan ayah Emma. Saya juga sudah membawa Emma bertemu dengan ibu bapa saya. Syukurlah, ibu saya sukakan Emma dan sekarang mereka semakin mesra, macam kawan,” jelas Zizan yang sama-sama bernaung dengan Emma dalam pengurusan Wire Fame Sdn Bhd.





Ditanya apakah istimewanya Emma di hatinya, Zizan pantas menjawab: “Saya terpikat dengan Emma kerana sikapnya yang bersahaja, tidak cerewet dan selalu menjadi diri sendiri. Dia tidak kisah pun kalau kami makan di warung asalkan kami gembira dan makanannya halal. Emma juga tidak suka berdandan dengan keterlaluan apabila kami keluar dan dia suka memberikan senyuman.”

Oleh Norhayati Nordin

Selasa, 08 April 2014

Cinta Amir 'Raja Lawak' Mula Berputik Selepas Buat Solat Istikharah

'Sooooo sweetttt...' gambar eksklusif Amir bersama 'I' yang dikirimkannya untuk pembaca mStar Online. 


PETALING JAYA: Peserta Raja Lawak musim ke 3 (RL3) iaitu Amir membuat pengakuan hatinya sudah terbuka dan berhasrat untuk berkahwin dengan seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai ‘I’ selepas hampir enam bulan berkenalan.


Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 26, berkata, perasaan cinta itu mula berputik selepas dia melakukan solat sunat istikharah bagi mengetahui sama ada wanita berkenaan sesuai untuknya ataupun tidak.

“Alhamdulillah... dalam solat yang saya lakukan, saya terbayang wajah dia dan akhirnya saya membuat keputusan memilihnya sebagai cinta saya walaupun sebelum ini saya serik untuk berkawan dengan wanita.




Amir pernah dikecewakan lima wanita termasuk jururawat sebelum ini.


“Lagipun I amat baik dan dia pandai menjaga hati saya,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Menerusi laporan mStar Online pada 11 Februari lalu, Amir berkata fikirannya masih keliru untuk membuat pilihan dua orang wanita yang dikenalinya menerusi people nearby pada aplikasi laman sosial WeChat.

Sebelum itu Amir mendakwa pernah dikecewakan lima orang wanita termasuk seornag jururawat apabila mereka bertindak mengambil kesempatan terhadap popularitinya sebagai seorang artis.

Mengenai cinta terbaharunya, Amir telah menemui keluarga wanita berusia 20 tahun itu yang tinggal di Cheras, dekat sini bagi mendapat restu.

Malah Amir akan membuat kunjungan kali kedua untuk meluahkan hasratnya yang sebenar pada munggu hadapan sebaik sahaja selesai penggambaran telefilem Puntianak Teng Teng terbitan Zeel Productions di Perlis.

“Keluarga saya dan keluarga kekasih saya itu sudah tahu yang kami berkawan secara serius tetapi saya belum memberitahu mereka secara rasmi lagi. Insya-Allah saya akan melakukannya secepat mungkin,” katanya.

Tambah Amir, dia merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan dan berharap agar I ikhlas berkawan tidak seperti wanita yang dikenalinya sebelum ini.



Amir (tengah) bersama dua tong sabun yang dijual secara terus kepada peminatnya.

Dalam pada itu Amir berkata, selain berlakon dia  juga sibuk  mencari pendapatan tambahan dengan menjual sabun pencuci (detergen) bagi kawasan Kuala Lumpur dan Selangor yang dilakukannya sejak sebulan lalu.

Perniagaan itu mendapat sambutan menggalakkan khususnya bagi pengusaha dobi, kedai makan dan juga orang perseorangan.

“Saya jual sabun itu dengan harga RM35 bagi setiap botol yang beratnya 10 kilogram. Menariknya, saya sendiri akan hantar sabun-sabun itu ke rumah pelanggan saya tak mengira waktu walaupun sudah pukul 2 pagi,” katanya.

Amir berharap dengan adanya pendapatan lebih itu, niatnya untuk berumah tangga dengan I akan dipermudahkan.

Orang ramai yang ingin mencuba sabun pencuci bagi menyokong perniagaan Amir ini bolehlah menghubungi rakan kongsinya iaitu Azrai di talian 012-6991164.


Oleh: NIEZAM ABDULLAH
niezam@thestar.com.my

Senin, 07 April 2014

Emma Maembong Gembira Keluarganya Menyukai Zizan Razak

Emma Maembong akui sudah membawa Zizan bertemu dan berkenalan dengan keluarganya. 


KUALA LUMPUR: Pelakon Emma Maembong  menolak untuk berlakon dan bergambar mesra dengan mana-mana lelaki bagi menghormati permintaan ayahnya iaitu pelukis terkenal negara, Ismail Embong.

Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 22, berkata, bapanya meminta berbuat demikian selepas melihat adegan mesra antara dia dan pelakon Aiman Hakim dalam drama Projek Memikat Suami.

"Ya, kalau boleh saya memang tidak mahu berlakon atau bergambar berpelukan atau terlalu mesra dengan lelaki.

"Ia kerana permintaan bapa saya yang menasihatkan agar  tidak tampil keterlaluan ketika berlakon atau bergambar yang boleh menjejaskan nama keluarga," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan Maixara, di Menara Kuala Lumpur, di sini, Isnin.

  

Emma Maembong bersama bapanya, Ismail Embong.





Emma berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus mengatakan dia mula menolak untuk bergambar mesra dengan lelaki.

Bagaimanapun, Emma menafikan perkara tersebut adalah bagi menjaga hati pelawak yang dikaitkan dengannya iaitu Zizan Razak.




Emma dilantik menjadi duta kepada produk kecantikan Maixara.


"Saya berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi lebih baik dan kenapa perlu bergambar begitu (keterlaluan) sedangkan boleh sahaja kalau bergambar seperti biasa.

"Saya lakukan ini kerana ayah saya bukan sebab Zizan. Zizan tidak pernah menghalang atau masuk campur urusan kerja saya," katanya.

Sementara itu, Emma berkata, dia sudah membawa Zizan bertemu dan berkenalan dengan keluarganya,  malah pelawak tersebut juga merupakan lelaki pertama yang diperkenalkan sebagai kekasih kepada ayahnya.

Kata Emma, dia gembira Zizan pandai mengambil hati dan mudah mesra dengan semua ahli keluarganya.

"Alhamdulillah bapa saya senang dengan dia dan mereka boleh bercakap dalam dialek Terenganu berdua.

"Pada awalnya dia tidak mengenali Zizan dan dia agak pelik apabila orang ramai ingin ambil gambar, tetapi bila ada rakan-rakan yang beritahu barulah dia tahu tentang itu," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang sejauh mana hubungan percintaan tersebut, Emma berkata mereka masih pada fasa mengenali hati budi dan belum mempunyai sebarang perancangan untuk berkahwin.

Katanya, biarlah perkara tersebut berlaku apabila kedua-dua mereka benar-benar bersedia untuk melangkah ke arah itu.

Oleh: KEMALIA OTHMAN  

Minggu, 06 April 2014

Pelakon Afiq Muiz Dakwa Tidak Pernah Bercinta Dengan Eina Azman

Afiq Muiz menjelaskan dia tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan cinta dengan pelakon wanita kontroversi Eina Azman.



PETALING JAYA: Pelakon Afiq Muiz menjelaskan dia tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan cinta dengan pelakon wanita kontroversi Eina Azman walaupun selama ini mereka dilihat sering bersama.

Afiq, 21, berkata, dia berasa lega akhirnya penafian tentang hubungan tersebut terbukti apabila pelakon wanita itu dikaitkan dengan lelaki lain.

"Saya sudah cakap banyak kali yang kami memang hanya kawan dan tidak ada hubungan istimewa tetapi semua orang tidak percaya dan buat spekulasi macam-macam.

"Saya juga tidak tahu dia berkawan dengan siapa cuma saya dan dia memang tiada sebarang perasaan," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada Ahad.

Afiq berkata demikian ketika diminta mengulas sejauh manakah hubungannya dengan Eina Azman selepas wanita itu dikaitkan bercinta dengan tunangan orang.

Sementara itu, Afiq berkata, dia kini sibuk dengan penggambaran drama serta terlibat dengan kelab sukan dan tidak mempunyai masa untuk berjumpa dengan Eina.

"Saya sudah lama tidak jumpa dia dan berkongsi cerita kerana saya sangat sibuk dengan penggambaran drama.

"Lagi pula, saya kini sibuk dengan kelab sukan yang memang banyak aktiviti dan tidak ambil tahu sangat pasal kehidupan peribadi dia," katanya.

Tambah Afiq, dia hanya mendoakan yang terbaik kepada wanita itu jika benar-benar Eina sudah mempunyai kekasih.

Dalam perkembangan lain, pelakon ini berkata, dia sedang menyiapkan  penggambaran beberapa drama untuk siaran RTM.

Dia juga bakal kembali untuk berlakon sebuah drama di bawah syarikat produksi Global Station Sdn Bhd pada bulan Jun depan.

Oleh: KEMALIA OTHMAN

Justin Bieber Anjur Parti Ganja Di Sebuah Hotel





Justin Bieber [bertopi merah] bersama rakan-rakannya di balkoni sebuah hotel yang disewanya di Miami.

 
Miami: Justin Bieber nampaknya tidak terlepas daripada skandal. Dalam pada dia membuat persiapan menghadapi perbicaraan pada 5 Mei ini, bekas kekasih Selena Gomez itu dilaporkan mengadakan parti ganja di sebuah hotel.

Laman web NY Daily News melaporkan Bieber dan teman-temannya dilihat berdiri di balkoni bilik sebuah hotel lima bintang di Miami, malah dia dikhabarkan menyewa lima bilik semuanya.

Seperti biasa, Bieber membuatkan tetamu lain hotel itu terganggu apabila dia dan rakan-rakannya membuat bising selepas berhimpun dalam biliknya.

Aduan dibuat selepas penghuni lain hotel berkenaan mendakwa terbau ganja dari bilik Bieber itu.

Ini bukan pertama kali Bieber dikaitkan dengan penyalahgunaan ganja, malah sebelum ini pesawat peribadinya didapati membawa dadah ketika diperiksa polis di New Jersey. - Agensi

Tahniah!! Isteri Kedua Ashraf Muslim, Wan Sakinah Selamat Bersalin






 

Melalui laman instagram, isteri kedua Ashraf Muslim memaklumkan berita gembira mengenai kelahiran anak sulung pasangan ini.






Tepat jam 11.50 malam tadi, Wan Sakinah Ahmad Saburi telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal seberat 2.51 kg.

Melalui mesej bergambar di instagram, Wan Sakinah melahirkan rasa gembira kerana anak nya itu mempunyai 2 orang ibu, Dayana yang merupakan isteri pertama Ashraf Muslim.

Untuk anda yang tidak tahu, Wan Sakinah merupakan isteri kedua Ashraf Muslim dan pasangan ini pernah menimbulkan kontroversi di negara kita apabila telah bernikah di Thailand pada Julai tahun tanpa pengetahuan isteri pertama, Dayana.

Tahniah buat Ashraf Muslim sekeluarga!

Kredit Sumber: RotiKaya